Pernah tak macam nak pergi buat aktiviti dan bercuti tapi tak tahu ke mana atau nak buat apa? Kalau korang macam ni juga, mesti kena try jawab kuiz di bawah ni.
Belum cuba, belum tahu! Dah dapat result nanti, mestilah dah tahu nak buat apa. Jom jawab!
Haa, mana lagi kalau bukan di SplashMania, Gamuda Cove. Jom kami kongsikan apa yang ada selain taman tema air SplashMania, nak healing dalam nature pun boleh guys!
Harga pun memang dalam bajet , dekat je dari KL, tahu-tahu dah sampai!
Paya Indah Discovery Wetlands
Lokasi eko-pelancongan di Lembah Klang seluas 1,111 ekar ini adalah kawasan tanah lembap yang menjadi habitat pelbagai hidupan liar. Ada 14 tasik yang dihuni 14 spesies reptilia serta 225 spesies burung. Ada juga badak air untuk pengunjung dekati jugak tau.
Discovery Park
Siapa kata kalau ke sini kena masuk kawasan tanah lembap je? Ada juga aktiviti lasak buat mereka yang sukakan cabaran. Sesuai untuk keluarga yang sukakan cabaran aktiviti lasak atau pun team-building untuk rakan sekerja.
SplashMania Water Park
Luangkan masa bersama keluarga termasuklah bergembira bermain air di SplashMania. Taman air terbaru ini menawarkan sehingga 24 gelongsor air untuk korang main air sampai puas.
Jom kami kongsikan pula promo dan kombo yang ada disediakan di sini. Kalau boleh dapat harga promo, kenapa perlu bayar lebih kan?
Dengan Kombo Ticket ini, pengunjung boleh dapat tiket PERCUMA ke Discovery Park ATAU Paya Indah Discovery Wetlands.
Bayar satu harga tapi dapat masuk dua tempat, memang untunglah! Dengan harga serendah RM125 untuk dewasa dan RM95 (kanak-kanak), korang boleh ke dua lokasi dan dapatkan foto digital tanpa had di GL Clix. Klik DI SINI untuk pembelian tiket.
Siapa suka beratur panjang dan tunggu lama? SplashMania ada promo khas untuk korang! SplashMania Weekday tawarkan harga RM99 (dewasa) dan RM79 (kanak-kanak) untuk tiket pada hari bekerja (Isnin – Jumaat).
Boleh jimat sehingga RM26 untuk satu tiket berbanding tiket di hari minggu atau waktu puncak. Yang penting, orang pun kurang ramai, boleh main puas-puas!
Selain tu, tiket juga termasuk baucar RM5 untuk F&B dan RM5 baucar untuk shopping di Maniacs Closet. Tiket boleh dibeli di SINI.
Nak lagi murah? Pun ada gaiss! Dari sekarang sehingga 30 November 2024, harga tiket SplashMania hanya RM55 untuk semua dari 3 hingga 6 petang. Syaratnya, harga ini sah untuk walk-in sahaja. Cepat beli sekarang dengan klik SINI.
Flash Sales 3 hari sempena hari gaji pun ada. Nak grab promo ni? Jangan lupa setiap 27 hingga 29 hari bulan bermula September 2024 ini.
Pengunjung boleh beli tiket hari minggu dengan diskaun 25% untuk SplashMania. Ada juga diskaun 25% untuk Nature Wanderlust untuk mana-mana hari.
Potongan harga 50% untuk aktiviti terpilih di Discovery Park seperti Goosebumps Rope Course, Cove Aerobar dan Paintball Wargame.
Klik SINI untuk beli tiket korang pada harga promo Pay Day, Play Day. Jangan lupa follow Facebook Instagram mereka untuk info dan promo terkini. Jumpa korang di sana!