Connect with us

Branded

Malas Kemas Rumah? Dengan LG CordZero™ All-in-One Tower™ Semua Benda Jadi Mudah!

Bila nak kemas rumah ni auto jadi malas sebab banyak benda nak kena buat. Lagi-lagi part nak vacuum satu rumah, memang penat lah! 

Haa, kalau lelaki lagilah, mesti akan problem dengan vacuum. Sekejap sedut, sekejap tak, tersekat pulak, tak muat area sini, haih macam-macamlah! 

Sekarang dah tak perlu risau lagi, dengan LG CordZero™ All-in-One Tower™, mengemas rumah jadi lebih mudah. Tak perlu lagi serabut kepala dengan isu wayar panjang dan pendek. 

LG CordZero™ All-in-One Tower™ merupakan penyedut hampagas tanpa wayar. Ia memudahkan korang untuk mengemas keseluruhan kawasan rumah. Confirm puas hati! 

Nak tahu apa lagi yang menarik LG CordZero™ All-in-One Tower™ boleh buat? Sini kami kongsikan..

Reka Bentuk Elegan Dan Aestatik

LG, LG CordZero™ All-in-One Tower™, LG Malaysia, kemas rumah

LG CordZero™ All-in-One Tower™ hadir dengan 2 pilihan warna yang menarik iaitu hijau tua dan krim kuning. Dengan reka bentuk yang elegan dan menarik, sesuai digandingkan dengan dinding rumah korang. 

Bukan tu je, LG CordZero™ All-in-One Tower™ ini juga dilengkapi dengan sistem Smart Display. Korang boleh tahu status vacuum korang sentiasa. Malah, korang siap boleh LG CordZero™ All-in-One Tower™ ni menggunakan LG ThinQ App tau. Senang nak check waktu untuk tukar filter, status bateri dan sebagainya.

Sistem Yang Terperinci & Pintar Bagi Mengemas Rumah

LG, LG CordZero™ All-in-One Tower™, LG Malaysia, kemas rumah

LG CordZero™ All-in-One Tower™ diformulasikan dengan sistem ABC (Auto-Empty, Battery Charging, Compact Storage). Ia direka khas untuk “menyingkirkan habuk secara automatik”, “pengecasan” dan “penyimpanan” yang membantu memudahkan kerja pembersihan. Nak tahu macam mana ia berfungsi? 

Apabila korang meletakkan penyedut hampagas pada tapak platform, ia akan mula mengecas serta mengosongkan tong sampah secara automatik. Jadi selepas korang penat mengemas, tak perlu nak susah payah charge dan buang sampah, boleh duduk relaks je!

LG, LG CordZero™ All-in-One Tower™, LG Malaysia, kemas rumah

Bukan tu je, penyedut hampagas tanpa wayar LG CordZero™ All-in-One Tower™ ini turut dilengkapi dengan proses penapisan 5 peringkat yang berkesan. Ia mampu menapis 99.999% habuk yang beterbangan di udara. Confirm, udara di dalam rumah sentiasa segar.

Segala habuk dan kotoran, tidak kira kecil mahupun besar, mampu disedut masuk ke dalam 2.5 liter beg habuk tau. Lagi gempak, beg habuk ini akan disteril dengan sinaran ultraungu LED UVC selama 2 jam. Ia berfungsi menghalang pertumbuhan bakteria pada beg habuk.

Selain itu, LG CordZero™ All-in-One Tower™ mempunyai ruang storan di sebelah kiri dan kanan badan. Ia membolehkan pengguna menyimpan aksesori serta kepala penyedut. Jadi, masalah seperti hilang kepala penyedut takkan terjadi lagi. Mak-mak pun tak bebel lagi..

Kepuasan Dalam Mengemas Rumah! 

LG CordZero™ All-in-One Tower™ turut memberi kepuasan semasa mengemas rumah. Nak tahu kenapa? 

Dengan kuasa sedutan 210W pada LG CordZero™ All-in-One Tower™, ia mampu menyedut segala habuk dan sampah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Barulah puas hati kemas rumah, mak-mak confirm suka ni. 

Bateri Tahan Lama, Membersih Tanpa Ada Gangguan

LG CordZero™ All-in-One Tower™ dilengkapi DUAL PowerPack™ yang merangkumi 2 bateri, yang boleh disimpan dan dicas. Ia memberikan korang 120 minit penggunaan tanpa ada gangguan. Jadi korang boleh membersihkan keseluruhan rumah sekaligus. Mudah kan?

2 Dalam 1, Mengemas Rumah Dengan Mudah 

Korang pasti suka dengan kelebihan yang ada pada LG CordZero™ All-in-One Tower™ ni kan? 

Tunggu, ada lagi yang best! LG CordZero™ All-in-One Tower™ mempunyai 2 fungsi tau. Bukan setakat menyedut, malah mengemop pun boleh!

Kebiasaanya kita akan menyedut kotoran dulu, kemudian baru mengemop. Lecehkan? Sebab tu ramai yang malas nak buat kerja rumah. 

LG, LG Malaysia, LG CordZero™ All-in-One Tower™, kemas rumah, vacuum

Aha! Dengan LG CordZero™ All-in-One Tower™, no more alasan guys. Korang hanya perlu tekan butang (power) dan butang (+) untuk memulakan mod mop basah + menyedut. Dengan sistem dwi-putaran pintar yang ada pada bahagian kepala mop, memberikan pencucian lantai yang bersih. 

Selain itu, korang juga boleh memilih tahap bekalan air yang korang nak, daripada level 1 sehingga 3. Tak perlu nak susah-susah untuk ambil dan tukar air mop. Jimat masa!

Alahan Pada Habuk, Kini Tidak Lagi! 

Siapa dekat sini hidung sensitif? Bila terhidu atau terkena habuk pada hidung, pasti akan bersin sampai tak ingat dunia. Ish-ish! 

Jangan risau, kalau korang menggunakan LG CordZero™ All-in-One Tower™, tiada lagi masalah semasa membuang habuk dan sampah dari mesin. Nak tahu kenapa? 

Sebab LG CordZero™ All-in-One Tower™ mempunyai sistem Kompressor™. Hanya dengan tekan satu butang, mampu memampatkan segala jenis kotoran yang disedut. Ditambah lagi dengan sistem pensterilan beg sampah,  memudahkan serta mengurangkan masalah alahan pada habuk. 

Untuk maklumat korang, kapasiti tong bagi LG CordZero™ All-in-One Tower™ 2.4 kali ganda saiz. Memang besar guys! Jadi korang boleh fokus pada pembersihan dan tak perlu nak risau sama ada muat lagi ke tak sampah.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan LG CordZero™ All-in-One Tower™ sekarang. Pembantu terbaik dalam mengemas rumah. Maklumat lanjut berkaitan produk LG, layari laman web rasmi LG dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram.

Penulis editorial separuh masa di Oh!Media. Semoga hari-hari pembaca indah dengan artikel saya. Cehwahh.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas