Connect with us

Oh! Media

Takaful Bukan Tunggu Dah Sakit Baru Nak Fikir, Tapi Bila Masa Sebenarnya Kita Patut Mula?

Ohmedia takaful

Branded

Takaful Bukan Tunggu Dah Sakit Baru Nak Fikir, Tapi Bila Masa Sebenarnya Kita Patut Mula?

Kita semua ada benda yang nak dicapai dalam hidup. Nak beli rumah, kahwin, ada anak, kumpul duit dan bina masa depan yang lebih selesa.

Tapi dalam sibuk fikir semua itu, ada satu perkara yang ramai antara kita selalu letak paling belakang sekali iaitu perlindungan kewangan. Sebab kita rasa masih muda. Masih sihat. Masih boleh kerja.

Tapi kalau perkara yang kita selalu cakap “nanti” itu berlaku lebih awal daripada yang dijangka, kita dah bersedia ke? Persoalan ini dibincangkan dalam episod terbaru KJ Lagi bersama Jasveen Kaur Marne, Wakil Lantikan dan Rashida Mior Ahmad Darwish, Ketua Pemasaran daripada Great Eastern Takaful.

Takaful Bukan Tunggu Sampai Sakit Baru Nak Fikir

2026 09 19 at 75239 Pm

Ramai yang anggap takaful boleh difikirkan kemudian. Nanti dah kahwin. Nanti dah ada anak. Nanti dah ada duit lebih. Hakikatnya, sakit atau kemalangan tak tengok umur.

Takaful boleh membantu memberikan perlindungan sekiranya berlaku perkara yang tak dijangka seperti kematian, penyakit kritikal, hilang upaya kekal atau kemasukan ke hospital, bergantung kepada pelan yang dipilih.

Bukan sebab kita mengharapkan perkara buruk berlaku. Sebaliknya, kalau sesuatu berlaku, sekurang-kurangnya keluarga kita tak perlu berdepan dengan beban kewangan yang besar ketika melalui waktu yang sukar. Bila tahap hidup berubah, keperluan perlindungan kita juga mungkin berubah.

Kita Sibuk Kumpul Harta, Tapi Apa Jadi Kalau Kita Dah Tiada?

Kita bekerja bertahun-tahun untuk kumpul duit, beli rumah dan bina kehidupan untuk keluarga.

Tapi kalau sesuatu berlaku kepada kita, apa yang akan jadi dengan semua yang kita tinggalkan? Sebab itu, pelan hibah takaful dan perancangan harta juga antara perkara yang boleh dipertimbangkan lebih awal.

Bukan setakat perlindungan, penamaan dan perancangan harta juga wajar disemak dari semasa ke semasa supaya masih relevan dengan keadaan hidup kita.

Kos Perubatan Makin Mahal

2026 09 19 at 81210 Pm

Satu lagi perkara yang tak boleh dinafikan ialah kos perubatan yang semakin meningkat.

Dalam perbualan ini, kadar inflasi perubatan di Malaysia turut disebut sekitar 15 peratus atau lebih dari tahun ke tahun. Kita sebagai peserta juga perlu memahami pilihan perlindungan yang ada, termasuk konsep co-payment yang boleh membantu menguruskan kos bergantung kepada struktur pelan.

Namun, apa yang sesuai untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kita. Jadi, sebelum memilih apa-apa perlindungan, lihat dulu kemampuan kewangan dan keperluan diri sendiri.Jangan lupa untuk berbincang dengan Perunding Takaful yang bertauliah untuk dapatkan nasihat sewajarnya.

Dalam Dunia AI, Kenapa Kita Masih Perlukan Manusia?

Teknologi mungkin boleh memudahkan banyak urusan, tetapi apabila berdepan situasi sukar seperti kehilangan ahli keluarga atau menghidap penyakit kritikal, sentuhan manusia masih penting.

“But I always feel that takaful needs a human face because you’re really meeting people at their lowest points.” — KJ

Perunding Takaful bukan sekadar membantu memilih perlindungan. Dalam situasi tertentu, mereka juga boleh menjadi individu yang kita hubungi apabila kita sendiri tak tahu nak mula dari mana.

Teknologi boleh mempercepatkan proses, tetapi empati dan hubungan manusia masih susah untuk digantikan.

Jadi, Kita Dah Bersedia Ke Belum?

2026 09 19 at 81737 Pm

Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita tak tahu bila kemalangan akan berlaku. Tapi kita masih boleh buat persediaan.

Kalau selama ini anda selalu cakap, “Nantilah fikir pasal takaful,” mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mula ambil tahu. Tak semestinya terus daftar. Mulakan dengan faham keadaan kewangan sendiri, berbincang dengan Perunding Takaful dan lihat pilihan perlindungan yang sesuai dengan kehidupan anda.

Sebab perlindungan bukan tentang mengharapkan perkara buruk akan berlaku.

Ia tentang memastikan kalau sesuatu yang tak dijangka berlaku, orang yang kita sayang masih boleh teruskan hidup tanpa perlu menanggung semuanya seorang diri.

Kalau anda rasa dah tiba masa untuk mula fikir tentang perlindungan diri dan keluarga, dapatkan maklumat lanjut daripada Great Eastern Takaful atau berbincang dengan Perunding Takaful mereka untuk melihat pilihan yang sesuai dengan keperluan anda.

*Great Eastern Takaful Berhad adalah ahli PIDM.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas