Connect with us

Oh! Media

LAST CALL!! Menang Tiket Konsert BLACKPINK Dengan Hanya Isi Minyak Di PETRON. Seriuslah?!!

Branded

LAST CALL!! Menang Tiket Konsert BLACKPINK Dengan Hanya Isi Minyak Di PETRON. Seriuslah?!!

“Hit you with that ddu-duddu-du du (Ah yeah, ay yeah!)”

Tak sabarnya nak tunggu BLACKPINK WORLD TOUR [BORNPINK] KUALA LUMPUR, tapi hari tu masa min nak beli tiket, sold out dah. Sekarang ni pula, reseller tengah jual tiket ikut harga ‘yahudi’. Potong mood la!!

Tapi pada korang yang nak pergi konsert BLACKPINK, korang tau tak ada satu jalan terakhir untuk dapatkan tiket ni? Seriuslah??!!

Tebus mata ganjaran PETRON dan menang sepasang tiket ke konsert BLACKPINK!

Bukan sekeping tiket, tapi Petron nak bagi 30 pasang tiket kalau korang terpilih sebagai pemenang untuk menyaksikan konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORNPINK] KUALA LUMPUR pada 4 Mac ini.

Syok tu! Boleh bawa member yang sama-sama BLINK. Tapi macam mana nak menang?

Haaa.. Sebabkan PETRON yang taja tiket nak saksikan konsert ni, kalau nak menang, korang kenalah isi minyak dekat stesen PETRON yang berdekatan dan kumpulkan seberapa banyak mata ganjaran sepanjang tempoh peraduan.

Ikut langkah di bawah, sebab katanya ada 30 pasang tiket yang PETRON nak belanja tau. Rugi kalau tak try, mana tau korang yang bertuah tu!

Langkah 1: Muat turun aplikasi PETRON pada telefon pintar korang dan daftar sebagai Ahli Petron Miles

Langkah 2: Pergi ke halaman tab pilih ‘Tebus’ 

Langkah 3. Klik pada baucar ‘BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR’ dan tebus baucar dengan 50 Petron Miles Points sebagai penyertaan peraduan (penebusan sekali sahaja)

Langkah 4: Mula kumpul Petron Miles Points korang bermula 8 Januari 2023 hingga 26 Februari 2023.

Langkah 5: Korang automatik melayakkan diri untuk cabutan bertuah apabila telah berjaya mengumpul minimum 300 Petron Miles Points sepanjang tempoh peraduan.

Pada korang yang kurang jelas, untuk sertai peraduan ni, pertama sekali korang kena tebus baucar penyertaan terlebih dahulu dengan 50 Petron Miles Points (rujuk Langkah 3).

Lepas korang dah berjaya kumpul 300 Petron Miles Points, barulah korang layak secara automatik untuk cabutan bertuah yang menawarkan tiket  ‘BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR’ (rujuk Langkah 5).

Take note yang 300 Petron Miles Points mestilah dikumpul sepanjang tempoh peraduan yang dinyatakan sahaja. Kalau korang sememangnya dah mempunyai baki Petron Miles Points sebelum tempoh peraduan, point tu tidak akan dikira.

30 pasang tiket menyaksikan konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR bakal diberikan kepada pengguna PETRON yang bertuah.

– 10 pemenang pertama: Sepasang (2 tiket) tiket Kategori 2 bernilai RM1,996.00

– 10 pemenang seterusnya: Sepasang (2 tiket) tiket Kategori 3 bernilai RM1,576.00.

– 10 pemenang akhir: Sepasang (2 tiket) tiket Kategori 4 bernilai RM1,176.00

Calling for all BLINKS, #PetroninYourArea

Bukan itu je guys, bermula 14 Januari 2023, stesen servis PETRON akan mengadakan #PetroninYourArea di mana terdapat pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti permainan, hadiah percuma serta dekorasi yang menarik bertemakan BLACKPINK. Seronoklah BLINK!

Lagi menarik, terdapat 5 stesen servis Petron terpilih akan menukar lampu kanopi daripada warna putih kepada merah jambu bagi meraikan kedatangan BLACKPINK ke Malaysia! Mulai Februari 2023

5 stesen servis terpilih:

– PETRON KM17.1 NORTH – SOUTH HIGHWAY SB (FI)

– PETRON JURU Arah Selatan (FI)

– PETRON NKVE Arah Kuala Lumpur

– PETRON RSA Seremban Arah Utara

– PETRON Toll Sg Besi Arah Selatan

Sambil-sambil korang gather sesama rakan peminat tu, jangan lupa juga isi minyak sekali. Boleh kumpul mata ganjaran untuk rebut peluang menang tiket BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR.

Jom isi minyak di PETRON & menang tiket BLACKPINK!!

Tunggu apa lagi? Kalau takde aplikasi PETRON, muat turun sekarang di Playstore atau App Store dan jangan lupa isi minyak di Petron ya!

Maklumat lanjut tentang peraduan ni korang boleh layari, https://www.petronmiles.com.my/promotions/BORNPINK.

Terima kasih PETRON, sebab tu min suka pakai jenama ni, bukan je menjimatkan, malah boleh tebus macam-macam dengan Petron Miles Points yang dikumpul. 

Nak tips kumpul mata P Miles Points lebih pantas? Isi minyak Blaze 100 di Petron dan korang akan dapat 3x mata ganjaran setiap liter. 

Info lanjut mengenai PETRON, klik di SINI

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas