Connect with us

Oh! Media

PU Ini Tentang Habis-Habisan Konsert BLACKPINK Di Malaysia Sebab Dah Nak Puasa

blackpink

Oh! Artis

PU Ini Tentang Habis-Habisan Konsert BLACKPINK Di Malaysia Sebab Dah Nak Puasa

Pendakwah selebriti terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed sekali lagi tegas membantah sekeras-kerasnya apa sahaja konsert luar antarabangsa yang melalaikan ke Malaysia.

ADVERTISEMENT

Terbaru, PU Syed membantah pula kehadiran kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink yang bakal mengadakan konsert Born Pink World Tour pada 4 Mac 2023 ini.

Konsert Blackpink mengarut kerana ketika itu umat Islam sedang bersiap untuk Ramadan…

Bantahan itu dikongsikan melalui Instagram PU Syed, yang melihat konsert itu adalah satu acara program yang mengarut dan turut menyeru umat Islam di negara ini untuk memboikot kumpulan penyanyi itu daripada membuat persembahan kelak.

Mereka ini akan hadir ke Malaysia di kala Umat Islam sedang bersiap untuk menerima kedatangan Ramadan. Kami bantah dan menentang sekeras-kerasnya.

Sekat mereka dari hadir. Cukuplah maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan PU Syed.

Cukup-cukuplah berhibur…

Cukuplah asyik berhibur je. Kat tv penuh hiburan. Kat luar hiburan juga. Apa nak jadi? Menakutkan. Bantah!!

Terdahulu, PU Syed pernah menyuarakan perkara yang sama ketika konsert anjuran Billie Ellish pada tahun 2022.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas