Branded
Beli 1 Percuma 1 Kopi & Boat Noodle Free? Semua Promo Ini Ada Di The Exchange TRX!
Pernah tak masa jalan-jalan dan shopping di The Exchange TRX, dah lapar terus tak tahu nak makan apa. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata.
Sini sedap. Sana lama tak makan. Tingkat bawah tengah viral di laman sosial. Kedai sebelah, kawan office bagi 5 bintang. Pening betul!
TRX Eats Weeknight Cravings

Sempena kempen TRX Eats Weeknight Cravings, ada banyak promo di restoran-restoran dalam The Exchange TRX menanti pengunjung. Memang rugi tak grab promo ni.
DIN by Din Tai Fung

Kalau menjamu selera dengan aneka menu di DIN Tai Fung, jangan lupa untuk tebus DIN Tai Fung Coffee Beli 1 Percuma 1. Dapat dua gelas dengan 1 harga, memang berbaloi-baloi!
Boat Noodle

Belanja minimum RM60 dalam satu resit dan dapatkan 4 mangkuk Classic Chicken Boat Noodle bernilai RM14.
Promo ini hanya sah di Boat Noodle The Exchange TRX sahaja. Dari Isnin hingga Jumaat bermula 5 petang.
OGA Tea & Dessert

Dah makan berat, tiba masa untuk matcha dan pencuci mulut di OGA! Tak perlu tunggu hari tertentu sebabnya Everyday Special di OGA!
Nikmati diskaun 20% untuk semua Cotton Cloud Series bermula 28 September hingga 27 November 2026 di OGA Tea & Dessert, The Exchange TRX.
Untuk melayakkan mendapat promo ini, tunjukkan baucar sebelum membuat pembayaran. Tertakluk terma dan syarat.
Meriah

Dapatkan diskaun 20% Asam Pedas Oxtail atau belanja RM150++ selepas jam 5 petang untuk melayakkan mendapat Coco Sago.
Sah untuk dine-in sahaja dari Isnin hingga Jumaat. Tertakluk terma dan syarat, tidak boleh digabungkan.
Eat & Redeem 4 rekaan Plushie

Jangan lepaskan peluang untuk tebus plushies comel sempena kempen ini juga tau. Ada 4 rekaan kesemuanya.
Bukan setakat dapat plushie, mangkuk dengan rekaan sama pun dapat. Memang kena rebut sebelum kehabisan ni.
Setiap satu rekaan dihadkan untuk tempoh seperti tertera pada poster. Jangan sampai dah terlepas baru nak cari okay?
Untuk dapatkan plushie dan mangkuk ini, cuma perlu belanja minimum RM68 maksimum dalam 2 resit untuk makanan dan minuman bermula jam 5 ke atas.
Tandakan kalendar anda dan ajak kawan-kawan dan family serbu The Exchange TRX sepanjang tempoh kempen dari 28 September hingga 27 November 2026 untuk nikmati semua promo terlibat.
Ikuti Facebook, Instagram The Exchange TRX serta TRX Eats dan TikTok The Exchange TRX untuk tidak ketinggalan promo dan update terkini.
