Connect with us

Oh! Media

Jom Lawat 5 Hotspot Singapura Ini Tanpa Perlu Keluar Rumah

Lokasi menarik Singapura

Branded

Jom Lawat 5 Hotspot Singapura Ini Tanpa Perlu Keluar Rumah

Sudah hampir 2 tahun kita berada di rumah kerana pandemik. Pergerakan pun terbatas. Tapi semua itu bukan alasan untuk berhenti meneruskan hobi melancong dan meneroka tempat menarik. Jom kami kongsikan 5 destinasi mesti kunjung di Singapura, tanpa perlu keluar rumah pun!

1. Hello from the Wild Side

Bukan pengalaman biasa sebabnya korang akan lihat sendiri bagaimana doktor haiwan di Singapore Zoo berkhidmat, cara pemeriksaan kesihatan haiwan, latihan, penjagaan dan bermacam lagi!

Suka lihat kecomelan gajah? Boleh dapatkan Backstage Pass untuk lihat sendiri aksi belakang tabir macam mana penjaga haiwan menjaga kerenah haiwan masing-masing dan cerita yang mungkin ramai masih tak tahu tentang gajah.

Nak tujukan mesej istimewa? Jadikannya lebih istimewa dengan burung Yellow Naped Amazon bernama Amigo yang boleh menyanyi lagu Happy Birthday. Suami atau isteri nak tujukan dedikasi ulangtahun perkahwinan boleh minta bantuan Ben & Bella, pasangan penguin sehati sejiwa. Ada kawan dan keluarga kaki makan? Mereka ada Moe, capybara yang sedia buat apa saja asalkan dapat upah makanan!

Pihak zoo juga sediakan 2 sesi setiap hari untuk sesi memberi makan dan soal jawab bagi Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw, Toco Toucan pada 12.30 tengah hari (waktu tempatan) dan 3.30 petang Capybara dan Great White Pelican. Untuk info lanjut dan pendaftaran, boleh klik DI SINI.

2. Gallery Children’s Biennale

Atas permintaan ramai, National Gallery Singapore kembali membawakan Gallery Children’s Biennale khas untuk kanak-kanak merasai sendiri pengalaman ‘phygital’. Pengalaman lain dari yang lain ini memberi peluang kanak-kanak  meneroka pengalaman seni interaktif dengan topik berkaitan seperti kediaman, kepelbagaian, masa dan persekitaran.

Mereka juga menampilkan 9 pengkarya terkemuka dari serata pelusuk dunia seperti  Dinh Q Lê (Vietnam), duo Isabel & Alfredo Aquilizan (Philippines/Australia), Jeremy Sharma (Singapore), Joyce Ho (Taiwan), Khvay Samnang (Cambodia), Nandita Mukand (Singapore/India), Nona Garcia (Philippines), Sandra Lee (Singapore), serta Speak Cryptic X ADDADDADD (Singapore). Teruja? Dapatkan info berkaitan di website INI.

3. Lawatan maya di Gardens by the Bay

Tak sah ke Singapura kalau tak ke lokasi ikonik negara itu, Gardens by the Bay. Kanak-kanak pasti teruja boleh melihat keindahan pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam dan ‘masuk’ ke alam Cloud Forest.

Bukan selalu dapat belajar mengenai benda hidup dan bukan hidup, mengenali bahagian-bahagian tumbuhan serta fungsi selain boleh memerhati serta mencatat info ringkas berkenaan hidupan di sana. Bukan sekadar hadap buku je, di sinilah kita boleh lihat sendiri secara dekat mengenai tumbuhan yang dipelajari. Info lengkap boleh didapati DI SINI.

4. GalleryKids!

Tiada yang lebih menyeronokkan selain aktiviti yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga. Semua orang boleh join dan serlahkan bakat seni masing-masing di GalleryKids! Terdapat 3 komponen utama iaitu tutorial aktiviti seni, aktiviti yang boleh dimuat turun dari website dan sesi do-it-yourself (DIY) dengan artis.

Yang penting semuanya interaktif dan ringkas. Tak ada pengetahuan asas dalam seni pun boleh sama-sama lakukan dengan anak-anak bagi meluangkan masa berkualiti di rumah.

5. S.E.A Aquarium Fun Academy

Bosan di darat? Jom masuk ke dunia lautan pula di S.E.A. Aquarium. Apa yang specialnya destinasi ini adalah, ia menempatkan 100 ribu hidupan marin dari 1 ribu spesies yang tinggal di 45 habitat berbeza! Mengagumkan bukan? Pengalaman dunia lautan yang tak mungkin ada di tempat lain.

Bukan sahaja boleh tengok hidupan laut secara real, terdapat juga hidupan dalam bentuk 3D lengkap dengan info berkaitan setiap haiwan pun ada. Memang fun dan interaktif!

Di habitat yang baru diperkenalkan iaitu habitat hutan hujan tropika, terumbu karang dan zon pasang surut, ada haiwan unik yang jarang dijumpai seperti katak beracun, jerung epaulette dan tapak sulaiman native knobbly. Anak-anak mesti tak berkelip mata tengok nanti! Explore lebih lagi di SINI.

Semua ini dan banyak lagi destinasi menarik kalau korang nak meneroka Singapura secara maya. Memang berbaloi, tak perlu belanja lebih untuk penginapan atau pengangkutan, tapi keseronokan dan ilmu baru tetap dapat. Yang penting, dari keselesaan rumah sahaja, tak perlu keluar pun. Semestinya selamat dan terjamin.

Makanan sedap & halal, kemudahan solat? Tiada masalah

Jika sempadan dibuka nanti, dan kita semua boleh ke Singapura secara realiti, antara yang diberi perhatian untuk Muslim semestinya makanan halal dan tempat solat kan? Jangan risau guys, senang je nak dapatkan makanan halal di sana. Merata-rata ada.

Perlu tunaikan solat? Masjid atau musolla pun disediakan di serata tarikan pelancong. Tak perlu risau pasal tu okay? Dari nasi campur di Hjh Maimunah, sehinggalah pasta di Tipo Pasta Bar, semuanya halal untuk dinikmati bila ke sana. Bermacam pilihan makanan selera Singapura boleh dicuba juga tau.

Tapi sementara tu, jom melancong secara maya  dulu. Apa tunggu lagi, jom jadikan negara jiran kita, Singapura sebagai lokasi wajib kunjung secara maya DI SINI untuk keluarga korang sekarang! Ayuh guys!

Nota: Disebabkan oleh amaran kesihatan dan penjarakan fizikal yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura, beberapa siri lawatan telah ditunda sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Sila semak dahulu laman web yang berkaitan sebelum membuat sebarang tempahan. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas