Connect with us

Oh! Media

Hab Hiburan Yang Dinanti-Nanti Bakal Dibuka Di KL, Ini 5 Sebab Korang Kena Pergi!

Branded

Hab Hiburan Yang Dinanti-Nanti Bakal Dibuka Di KL, Ini 5 Sebab Korang Kena Pergi!

Sebut saja Kuala Lumpur, mesti ramai sudah buntu memikirkan tempat yang boleh dikunjungi. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang. Pastinya kebanyakan lokasi telah diterokai. Tapi, tahukah korang, ada satu hab hiburan yang bakal dibuka pada tahun depan di bandar KL?

Tarikan ini akan dibuka di Bukit Bintang City Centre (BBCC) pada 2022. Ini 5 sebab utama lokasi ini wajib dikunjungi apabila membuka pintu untuk orang ramai.

Mitsui Shopping Park LaLaport KL

Mitsui Shopping Park Lalaport KL ini adalah pusat beli-belah LaLaport dari Jepun yang pertama di Asia Tenggara. Pelbagai jenama antarabangsa boleh didapati di pusat beli-belah berkenaan. Untuk Instagrammers, mall ini akan menjadi spot menarik untuk korang mengambil gambar di sekitar kawasannya yang Instagram-worthy.

Di Central Rooftop Garden pula akan menjadi tempat acara untuk aktiviti interaktif bersama keluarga dan rakan-rakan.

Korang juga akan disajikan dengan pemandangan pencakar langit ikonik bandar KL seperti Menara KL, PNB118, TRX dan KLCC dari LaLaport.

Gourmet Street

Penat berbelanja, tiba masa untuk menjamu selera di Foodcourt & Gourmet Street yang menyediakan lebih 100 restoran dan kafe. Bermacam pilihan juadah boleh didapati di sana untuk memenuhi pelbagai citarasa tempatan sehinggalah selera antarabangsa.

Turut tersedia adalah makanan antarabangsa dengan konsep ‘grab and go’ yang boleh dinikmati di kawasan sekitar yang meriah untuk pengunjung.

Gourmet Street terletak berhampiran dengan pengangkutan awam dan mempunyai akses ke Transit Hub. Jadi lebih senang untuk ke sana tanpa perlu memikirkan parkir atau kesesakan lalu lintas. Ia juga terletak berdekatan dengan Lucentia Residences, dan Zepp Kuala Lumpur, Malaysia Grand Bazaar (MGB) dan The Stride Strata Office.

Malaysia Grand Bazaar (MGB)

Malaysia Grand Bazaar (MGB) akan menjadi mall artisan pertama di KL yang menampilkan kebudayaan dan warisan Malaysia secara menyeluruh. Jadi, segala hasil kerja seni tempatan akan didapati di sini.

Malaysia Grand Bazaar (MGB) menjadi pusat kebudayaan dan warisan Malaysia yang pertama seumpamanya. Ini menjadikan Malaysia Grand Bazaar (MGB) lokasi wajib dikunjung untuk pelancong dari dalam dan luar negara. Pengunjung boleh menikmati kepelbagaian makanan, kraftangan dan persembahan kebudayaan di premis berkeluasan 100,000 kaki persegi itu. Untuk info terkini Malaysia Grand Bazaar (MGB), boleh ikuti Facebook mereka di SINI.

Zepp Kuala Lumpur

Tapak konsert dan dewan acara Zepp bertaraf dunia ini juga akan dibuka di BBCC. Ianya dimiliki dan dioperasikan oleh Zepp Hall Network Inc, syarikat subsidiari Sony Music Entertainment (Japan) Inc.

Zepp Kuala Lumpur ini merangkumi sebuah dewan seluas 6,500 kaki persegi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia bakal menempatkan lapan petak VIP dengan ruang rehat dan tempat duduk peribadi. Ruang acara berkapasiti 2,500 penonton dalam satu-satu masa.

Selain itu, dewan Zepp Kuala Lumpur turut menjadi pusat penyelesaian sehenti bagi acara-acara korporat, pertunjukan fesyen, rakaman TV dan pengiklanan, majlis makan malam, pertandingan e-Sukan, serta persembahan seni mempertahankan diri.

Dewan ini akan menjadi pusat konsert terbaru di bandar KL, jadi warga KL tidak perlu pergi jauh untuk berhibur menikmati konsert artis kegemaran.

Pawagam Golden Screen Cinemas (GSC)

Tidak ketinggalan di hab hiburan ini adalah pawagam GSC untuk kaki wayang menonton filem kegemaran masing-masing dengan pengalaman visual dan audio yang mengagumkan.

Setelah sakan berbelanja di Mitsui Shopping Park, menjamu selera di Gourmet Street serta mendekati budaya Malaysia di Malaysia Grand Bazaar (MGB), tiba masa untuk menonton filem terbaru di sini pula.

Mesti ramai yang tak sabar untuk berkunjung dan berhibur di hab hiburan terbaru di kota Kuala Lumpur ni kan? Dalam banyak-banyak, mana satu yang paling korang teruja nak pergi? Nantikan pengumuman rasmi dan update semasa di Facebook BBCC atau di laman web mereka di SINI. Jumpa di sana!

Nak tahu apa yang lagi menarik di sana? Jom tonton video ini, mesti korang pun tak sabar nak berkunjung ke sana apabila dibuka nanti!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas