Connect with us

Oh! Media

Jati Jemput Pengunjung Datang Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri Untuk Menang Hadiah Lumayan!

Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri

Oh! Tidak

Jati Jemput Pengunjung Datang Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri Untuk Menang Hadiah Lumayan!

Baru-baru ini, Jati iaitu jenama beras terkemuka di Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa jenama seperti Malaysia Grand Bazaar, ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors, dan Gracshaw untuk mengadakan Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri. 

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan, program ini akan berlangsung selama 16 hari daripada 9 April hingga 24 April 2022 di Malaysia Grand Bazaar pada jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Menariknya, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain permainan tradisional, melukis, melihat pameran seni serta berbelanja di lebih 60 buah gerai yang menjual barangan tempatan yang berkualiti. Wow!

Menurut Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd, Encik Chua Keng Jin, beliau menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia. 

Selain itu, beliau juga menggalakkan pengunjung untuk membuat perbelanjaan domestik dengan memberikan perhatian kepada perniagaan tempatan. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom kami share 3 tawaran hebat yang korang boleh nikmati di Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri. 

1. Baucar Pembelian Serta Cenderahati

Kalau korang datang ke Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar ini, korang berpeluang untuk dapat baucar pembelian serta cenderahati yang menarik daripada jenama terkenal tau!

Korang tak perlu melakukan sebarang pembelian, cuma hanya perlu melengkapkan ‘treasure hunt’ di gerai-gerai yang terdapat di bazaar untuk memenangi baucar dan beg cenderahati daripada Jati Signature dan ecoBrown’s. Bestnya!

2. Hadiah Mingguan Yang Menarik Menanti

Memandangkan musim perayaan semakin dekat, apa kata korang cuci mata di gerai-gerai yang ada di sana sebab mereka menawarkan bermacam jenis jualan dari segi busana raya, kraf tangan dan banyak lagi. 

Haa, tengok Sazzy Falak pun berbelanja dekat sini tau. 

Untuk pengetahuan, ada banyak peraduan yang korang boleh cuba seperti peraduan Tangkap Gambar dan Menang yang mana ia menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker yang bernilai Rm148 tau. Wow!

Bukan itu saja, korang juga dapat menikmati hadiah daripada Jati iaitu Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice seberat 2kg yang bernilai RM25.50. 

Cara untuk menang hadiah ni mudah saja, korang hanya perlu mengambil gambar di acara tersebut dan muat naik di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB # JATIxMGB dan gambar yang menarik akan dipilih sebagai pemenang. 

3. Peluang Menangi Motosikal Berjenama Bernilai RM13,000

Selain itu, korang juga boleh menyertai peraduan Beli dan Menang yang mana korang hanya perlu membuat pembelian daripada gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw tau. 

Kalau bertuah, korang akan membawa pulang 3x motosikal berjenama yang bernilai RM13,000 serta 10x topi keledar motosikal berjenama yang bernilai RM2,200. Serius lah?!

Jadi tunggu apa lagi tu? Cepat serbu Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri sekarang untuk nikmati semua tawaran ini!

Korang juga berpeluang untuk dihiburkan sepanjang bazaar dengan persembahan serta mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang hari seperti bengkel dan sesi permainan. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi media sosial rasmi Jati di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas