Connect with us

Oh! Media

shopping

Oh! Travel

‘Port’ Shopping Murah Bila Melancong Ke Danok Dan Hat Yai

Dah penat bekerja tu, apa kata rehat sekejap dan shopping di negara jiran kita iaitu Thailand. Nak ke sana bukan susah pun, korang ada pilihan sama ada nak menaiki kapal terbang, kereta api, bas atau pun kenderaan sendiri.

Selain makanan best dan pemandangan yang indah, Thailand juga ‘syurga’ bagi kaki shopping. Cakap je nak apa? Tudung, baju, handbag, kasut? Semua ada!

IKLAN

Di sini, kami nak senaraikan antara ‘hot spot’ pengunjung membeli belah ketika di Hat Yai dan Danok Thailand. Jom tengok!

1. ASEAN Night Market

asian night bazar
Kredit foto: theislanddrum

ASEAN Night Market Hat Yai terletak berdekatan dengan stesen kereta api Hat Yai dan pusat bandar, menjadikannya mudah diakses oleh pengunjung.

Pasar malam ini biasanya dibuka setiap hari, mulai petang hingga malam, dan merupakan tempat yang hebat untuk merasai budaya dan hidangan tempatan Thailand.

2. Pasar Terapung Hat Yai Khlong Hae

thailand
Kredit foto: BERNAMA

Orang kata kalau ke Hat Yai tapi tak singgah pasar ni memang rugi. Dekat sinilah pengunjung ambil gambar OOTD kerana suasananya yang unik. Semua urus niaga dilakukan atas sampan je tau.

Lebih 50 buah sampan dan di darat terdapat banyak gerai yang menjual pakaian, makanan serta cenderamata.

Pasar Terapung Hat Yai Klong Hae biasanya dibuka pada hujung minggu dan cuti awam.

3. Kim Yong Market

kim yong market
Kredit foto: tourismthailand

Kim Yong Market port boek untuk cari barangan tradisional Thailand seperti kraftangan dan barang antik. Pasar ini beroperasi sepanjang hari, tetapi ia menjadi lebih sibuk pada waktu pagi dan tengah hari ketika pasar segar bermula.

4. Central Festival Hatyai

shopping hat yai
Kredit foto: placesandfoods.com

Central Festival Hatyai merupakan tempat yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Di sini ada pelbagai jenis kedai, termasuk butik pakaian, restoran, kedai elektronik, barangan rumah, dan banyak lagi.

Dekat sini korang boleh jumpa jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang terkenal. Pusat hiburan seperti pawagam dan pusat permainan pun ada!

5. Lee Garden Plaza 

hat yai
Kredit foto: placesandfoods.com

Pusat membeli-belah ini adalah tempat yang sesuai untuk membeli pakaian dan barangan kosmetik dengan harga yang berpatutan. Mesti dah ramai ke sini kan?

Kalau nak senaraikan memang banyak lagi tempat best, antaranya Central Hat Yai, Nora Plaza Hat Yai, JT Square Plaza, Wong Swad Hat Yai dan Siam Nakarin Complex.

Semua lokasi yang disenaraikan ini adalah lokasi strategik yang mudah diakses pengunjung. Korang kena pandai buat perbandingan harga dan tawar menawar tau.

Memang rambang mata lah sebab semuanya cantik-cantik. Sesuailah kalau nak buat cenderahati atau hadiah buat keluarga di kampung.

Kredit: Go Thai | theislanddrum

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas