Connect with us

Oh! Media

“Macam Kena Rompak..”- Netizen Sedih Lihat Sikap Netizen Biar Baju Bersepah Lepas Belanja Raya

Ohmedia shopping raya

Oh! Lifestyle

“Macam Kena Rompak..”- Netizen Sedih Lihat Sikap Netizen Biar Baju Bersepah Lepas Belanja Raya

Sejak minggu lepas, orang ramai dan berpusu-pusu ke sana sini mencari baju untuk menyambut Syawal yang bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi.

Oleh kerana, pada tahun ini banyak undang-undang berkenaan Covid-19 telah dilonggarkan dan dibolehkan balik beraya, maka ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli baju raya dan balik ke kampung halaman.

Namun begitu, semasa mencari baju raya, ada sesetengah pelanggan yang tidak mempunyai adab ketika keluar membeli-belah dan menyusahkan ramai orang akibat sikap yang tidak bertolak ansur.

IKLAN

Begitulah perkongsian video di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @syaqiey97, di mana dia menunjukkan baju di salah sebuah kedai berada dalam keadaan bersepah.

@syaqiey97 dah mcm kene rompak 😂… #raya #raya2022 #muaz #dolly ♬ original sound – rฯคຖ Şฯค๑iēฯ

Keadaan tersebut berlaku dipercayai kerana ramai ‘panic buying’ dan mahu cepat tetapi tanpa disedari telah memberikan masalah kepada pihak pekerja di kedai berkenaan.

Walaupun mengemas semula pakaian di dalam kedai merupakan sebahagian daripada kerja staf, tetapi pelanggan perlulah mempunyai ‘commen sense’ dan sikap toleransi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menegur sikap berkenaan dan menyuruh pelanggan supaya menunjukkan sikap bertimbang rasa terhadap mereka yang bekerja di situ.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas