Connect with us

Oh! Media

Abang Terangkan Keadaan Kesihatan Yasin Sulaiman, Rayu Rawatan Sewajarnya

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 04 12t112745118

Trending

Abang Terangkan Keadaan Kesihatan Yasin Sulaiman, Rayu Rawatan Sewajarnya

Abang kepada penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan pihaknya kini sedang berurusan dengan pihak penjara untuk memastikan adiknya yang menghidap bipolar serius sejak 2009 mendapat rawatan sewajarnya.

BACA: “Bila-Bila Masa Saya Boleh Gila” – Yasin Sulaiman Bimbang Kesihatan Merosot?

Memetik laporan Harian Metro, Zain berkata, Yasin pertama kali dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM (kini Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) pada tahun 2009.

IKLAN

Di bawah pengawasan doktor pakar

Sejak daripada itu dia telah mendapat pengawasan daripada doktor pakar. Adiknya itu juga mengambil ubat secara berterusan. Paling kronik yang dilaluinya adalah pada 2009, 2013 dan 2018.

Akhir tahun lalu dan awal tahun ini, dia dapat merasakan mungkin episod kronik itu akan berlaku semula. Itu yang dia sebut dalam mahkamah dia takut akan ‘crack’ lagi sekali. 

Jelas Zain lagi, Yasin akhir-akhir ini mengalami bipolar psikosis iaitu satu keadaan di mana pesakit tak dapat membezakan alam realiti dan khayalan.

Kena pastikan dia sentiasa stabil

Whatsapp image 2022 03 31 at 111340 am

Yasin yang mengalami halusinasi dan delusi sering berjumpa doktor pakar di hospital swasta untuk ambil ubat penyakitnya itu.

Dia dapat ubat tambahan tapi walaupun diberi ubat tambahan, Yasin masih alami psikosis. Itu yang buat kami risau. Bila dia dalam penjara, kami takut faktor-faktor ini akan ‘trigger’ kepadanya.

Bipolar ini sama ada akan buat Yasin jadi ‘maniac’ ataupun tertekan. Jadi kami nak pastikan dia selalu stabil. Itulah keadaan dia sekarang.

Kata Zain, sebelum ini hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya telah menyerahkan urusan rawatan adiknya kepada pihak penjara.

Peguam Yusmadi Yusoff akan melawat Yasin di penjara pada minggu ini dan membuat ‘follow up’ mengenai rawatannya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas