Connect with us

Oh! Media

“Bila-Bila Masa Saya Boleh Gila” – Yasin Sulaiman Bimbang Kesihatan Merosot?

Oh! Artis

“Bila-Bila Masa Saya Boleh Gila” – Yasin Sulaiman Bimbang Kesihatan Merosot?

Penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman telah didakwa atas dua pertuduhan berkaitan dadah di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Tenang Pertuduhan Dibacakan, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Menurut laporan Kosmo, ahli keluarga Yasin yang diwakili abang kandungnya berharap dan mendoakan agar dipermudahkan segalanya.

Peguam, Yusmadi Yusoff mengatakan bahawa sejak tahun 2009, selebriti berkenaan telah disahkan menghidap bipolar serius. Kali terakhir Yasin mendapatkan rawatan adalah pada 2 bulan lepas.

Saya sudah meminta kepada pegawai penyiasat dan mahkamah untuk membawa dia mendapatkan rawatan segera. Hak rawatan dia perlu dipastikan.

Tambah pula dengan keadaan sekarang yang dia tidak biasa dimasukkan dalam lokap. Jadi saya bimbang tahap kesihatannya.

Ketika prosiding kes berlangsung tadi, penyanyi lagu ‘Alhamdulillah’ itu juga merayu agar dirinya diberi peluang mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Kesihatan saya sangat terjejas, saya khuatir bila-bila masa boleh jadi gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini. Jadi saya perlukan ubat tambahan.

Semoga urusan selebriti ini dipermudahkan ya. Diharapkan perkara sebegini juga menjadi pengajaran buat kita semua.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas