Connect with us

Oh! Media

Lelaki Raih 20 Ribu Pengikut Di Youtube Selepas Muat Naik Rakaman Video Bahagian Dada

5e83b996 b9bd 45b3 9226 9952d8f0fc6d

Trending

Lelaki Raih 20 Ribu Pengikut Di Youtube Selepas Muat Naik Rakaman Video Bahagian Dada

Siapa sangka dengan hanya menyamar menjadi seorang wanita seksi, seorang lelaki Jepun mampu mengumpul sebanyak 20 ribu pengikut (Subscriber) di Youtube dalam masa empat bulan sahaja!

Namun, menurut Oddity Central, lelaki berumur 37 tahun yang dikenali sebagai Chiharu itu telah pun mendedahkan perkara sebenar tentang penipuan jantinanya, selepas dia nekad untuk tidak lagi menipu para pengikutnya.

22aac488 01bc 4ff6 819c 413bfb388e20
Wajah sebenar Chiharu

Chiharu dengan berani matinya telah membuat pengakuan itu dengan memuat naik video di saluran Youtubenya baru-baru ini. Dia juga turut mendedahkan jika dia sebenarnya adalah seorang lelaki yang hanya memakai payu dara silikon untuk membuat video seksi.

IKLAN

Chiharu dilaporkan mula bergelar YouTuber adalah pada bulan Disember tahun lepas dan semenjak itu dia telah berjaya menarik sehingga 20,000 pengikut yang melanggan ‘channel’ nya setakat Mac 2021 walaupun dia hanya mempunyai enam buah video sahaja di ‘channel’ nya.

Lebih mengejutkan apabila kesemua video-video yang telah di muat naiknya hanya memaparkan aksi Chiharu melakukan rutin senaman malam dengan sudut kamera yang memberi fokus kepada bahagian dada dari awal hinggalah di akhir video.

01dd2705 a10c 419a ad38 fc96bb14b476
Video yang dimuat naik Chiharu di Youtube

Malah Chiharu dikatakan tidak pernah pun membuka pelitup muka dan tidak pernah bercakap setiap kali menunjukkan wajahnya di hadapan kamera untuk mengelakkan identitinya terbongkar.

Lelaki itu berkata, dia telah menyamar menjadi seorang wanita kerana sedar itu sahaja cara yang paling mudah untuk menjana wang daripada saluran YouTube miliknya.

0046242c 43a3 4e6c ba48 1bc9b3eb08df
Youtube channel Chiharu

Pendedahan tentang jantina sebenar Chiharu itu juga telah menyebabkan jumlah pengikutnya di laman YouTube berkurang kepada 18,600 orang.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas