Connect with us

Oh! Media

MAIWP Umum Tiga Kadar Zakat Fitrah Di Wilayah Persekutuan

Zakat Fitrah

Oh! Islam

MAIWP Umum Tiga Kadar Zakat Fitrah Di Wilayah Persekutuan

Ramadan kian tiba dan sudah pasti umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa bagi menyempurnakan salah satu rukun Islam. Selain daripada ibadah puasa, umat Islam dikehendaki untuk membayar zakat pada bulan Ramadan.

Menerusi laporan Kosmo Onlline, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menetapkan kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi semua pembayar zakat fitrah untuk tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ketiga-tiga kadar berkenaan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

IKLAN

Kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah RM 5

Ketetapan jumlah kadar tersebut bertujuan untuk meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim ketika pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, dua lagi kadar iaitu RM 7 dan RM 14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan selain ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras yang dimakan

Beliau telah memaklumkan kenyataan tersebut pada Majlis Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil serta Amil Zakat di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Dalam pada itu, individu juga digalakkan untuk membayar zakat fitrah lebih daripada kadar minimum secara sukarela tanpa wujud paksaan.

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas