Connect with us

Oh! Media

Pendedahan Hot Burger Membuahkan Hasil! 3 Pegawai MBSA Ditahan SPRM Terima Rasuah

Sprm macc or8d1dp9eao8rjsig71gs9hr3u7iunjxrqcs5oi70gjpg

Umum

Pendedahan Hot Burger Membuahkan Hasil! 3 Pegawai MBSA Ditahan SPRM Terima Rasuah

Nampaknya, tindakan pemilik Hot Burger Mohd Asri membangkitkan isu penguatkuasa bekerjasama dengan sindiket membuahkan hasil.

Ini apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai terlibat mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.

Operasi itu dijalankan pada jam 9 pagi tadi dan pegawai yang berusia 41 hingga 49 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

IKLAN

Dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam ditahan. SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

Dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh. – Jelas sumber.

Itu baru seorang peniaga gais, menurutnya lagi, seorang pegawai boleh menerima kutipan RM300 hingga RM3,500 sebulan

Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga ini. – katanya lagi.

Timbalan Ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya juga menggalakkan orang ramai memberi maklumat kepada SPRM dan menjamin identiti serta maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

+ Baca respon pembaca yang geram dengan perasuah di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas