Connect with us

Oh! Media

UiTM Utamakan Bumiputera, Henti Ambil Pelajar Antarabangsa

Ohmedia uitm

Oh! Negara

UiTM Utamakan Bumiputera, Henti Ambil Pelajar Antarabangsa

UiTM tidak lagi mengambil pelajar antarabangsa peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi memberi keutamaan kepada Bumiputera.

Kalau sebelum ini ada pelajar antarabangsa mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pendekatan itu kini sudah berubah.

Sejak dua tahun lalu, UiTM tidak lagi membuat pengambilan pelajar antarabangsa bagi peringkat berkenaan kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada akses pendidikan tinggi untuk pelajar Bumiputera.

Keutamaan kepada golongan yang memerlukan

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, antara kumpulan yang mahu diberikan perhatian ialah anak-anak B40, masyarakat Orang Asli serta penduduk Sabah dan Sarawak.

IKLAN

Pada masa sama, UiTM mahu terus mengekalkan kadar yuran yang rendah supaya peluang melanjutkan pengajian tinggi dapat dinikmati golongan yang lebih memerlukan.

Langkah ini selari dengan prinsip UiTM yang mengekalkan kadar yuran terendah, bagi memastikan akses pendidikan tinggi dapat dilaksanakan secara berterusan terutamanya untuk golongan B40, yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan.- Katanya.

Bagaimanapun, ketiadaan pelajar antarabangsa di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak bermakna UiTM mengetepikan sasaran untuk bersaing di peringkat global.

Meskipun tanpa penyertaan pelajar antarabangsa pada peringkat Sarjana Muda, UiTM kekal komited untuk melonjakkan kedudukannya daripada tangga ke-549 kepada kelompok 300 terbaik dunia, dalam penarafan QS World University Rankings.- Katanya.

Cari sumber pendapatan melalui saluran lain

Menerusi Pelan Strategik UiTM2030, universiti itu turut menyasarkan 25 peratus penjanaan pendapatan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.

Antara yang akan diperkasakan ialah program pascasiswazah, persediaan profesional dan program pelajar dewasa menerusi Institute of Continuing Education and Profesional Studies (iCEPS) yang kini mempunyai sekitar 13,000 pelajar.

UiTM juga menjana kira-kira RM400 juta setahun melalui sewaan, perundingan dan kursus khas. Dalam masa sama, penggunaan AI akan mula disepadukan dalam kurikulum semua fakulti dan kampus cawangan bermula Oktober ini sebagai sebahagian daripada transformasi digital universiti.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas