Oh! Artis
Marissa Dania Jawab Dakwaan Ketepikan Abby Abadi, Tunjuk Bukti Masih Berhubung
Marissa Dania jawab dakwaan ketepikan Abby Abadi dan tunjuk bukti mereka masih berhubung.
Isu keluarga Marissa Dania kembali jadi perhatian selepas beberapa dakwaan netizen mula tular di media sosial, termasuk tuduhan kononnya dia mengetepikan ibunya, Abby Abadi.
Tidak mahu keadaan terus dipenuhi andaian, Marissa tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi beberapa hantaran di Instagram Story dan sesi soal jawab bersama pengikutnya.
Marissa Dania pilih diam kerana hormat ibu

Marissa Dania menjelaskan, tindakannya berdiam diri bukan bermaksud dia tidak mempunyai perasaan atau tidak peduli dengan apa yang berlaku.
Sebaliknya, dia memilih untuk tidak membalas segala perkara secara terbuka kerana mahu menjaga hubungan dengan ibunya secara peribadi.
My silence is not a lack of feelings. It’s called respect. Mama pilih untuk bersuara di social media, tapi tak bermaksud semua benda perlu dibalas di sini juga. Saya pilih untuk hormat dan jaga hubungan ini secara peribadi.- Katanya.

Dalam masa sama, Marissa turut menjawab dakwaan seorang netizen yang mendakwa dirinya mempunyai masalah kesihatan mental dan kurang empati.
Menurut Marissa, banyak perkara berlaku sejak urusan mahkamah selesai kira-kira dua minggu lalu, namun dia tidak mahu membuka lebih banyak ruang untuk spekulasi.
Jelas isu jemputan hari jadi

Marissa Dania turut menjawab persoalan sama ada dia menjemput Abby Abadi secara peribadi ke majlis hari jadinya.
Menurut Marissa, dia sebenarnya mahu ibunya hadir dan mengakui menangis kepada mak long serta mak tehnya ketika majlis kerana sedih Abby tidak ada bersama.
Marissa menjelaskan semua ahli keluarga menerima jemputan yang sama, termasuk papa, abah, mummy dan Abby Abadi, menerusi jemputan yang dihantar oleh pereka kad.
Namun sebelum jemputan itu dihantar, ada satu perbualan lain yang menjadi isu kerana Marissa tidak sempat berjumpa ibunya selepas pulang dari mahkamah.
Tunjuk bukti masih berhubung

Bagi menjawab dakwaan kononnya dia lebih banyak berkongsi mengenai bapanya berbanding ibunya, Marissa Dania menafikan perkara itu.
Katanya, dia tidak pernah mengetepikan Abby Abadi dan tidak berkongsi hal peribadi dengan sesiapa melainkan jika ditanya.

Marissa turut memuat naik tangkap layar WhatsApp bersama Abby sebagai bukti mereka masih berhubung, termasuk perbualan yang menunjukkan jemputan majlis hari jadi dihantar kepada ibunya.
Selain itu, Marissa turut berkongsi mesej sokongan daripada adik-beradiknya yang menyifatkan dirinya sebagai orang yang sentiasa cuba menjadi penghubung dalam keluarga.
Pssttt! Bila isu keluarga dah masuk media sosial, memang macam-macam andaian boleh timbul. Tapi kadang-kadang orang yang memilih untuk diam bukan sebab tak sayang, cuma sedang cuba jaga keadaan daripada jadi lebih keruh. Semoga Marissa Dania dan Abby Abadi diberi ruang untuk selesaikan semuanya dengan baik.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

