Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Beri Bayangan Restu Hubungan Marissa Dania Dengan Munir

Ohmedia abby abadi marissa

Oh! Artis

Abby Abadi Beri Bayangan Restu Hubungan Marissa Dania Dengan Munir

Abby Abadi memberi bayangan merestui hubungan Marissa Dania dengan Munir dan akan berkongsi jika sudah sampai jodoh.

Marissa Dania sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila namanya dikaitkan dengan seorang model dan personaliti media sosial dikenali sebagai Munir Akhunov. Hubungan mereka yang semakin rapat turut mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Lebih mencuri perhatian, ibunya Abby Abadi dilihat memberi reaksi positif apabila ditanya mengenai hubungan tersebut. Pelakon itu juga meminta orang ramai terus mendoakan yang baik-baik buat anaknya.

Abby Abadi beri bayangan restu hubungan anak

Telegram cloud  size 5 6262796259219411051 y

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata dia tidak keberatan untuk berkongsi berita lanjut sekiranya benar anaknya bertemu jodoh dengan Munir pada masa akan datang.

IKLAN

Doakan yang baik-baik ya. Nanti sampai masa, kalau ada jodoh saya kongsi.- Katanya.

Jawapan itu diberikan selepas seorang netizen bertanyakan mengenai Munir yang didakwa bakal menjadi menantunya.

Abby Abadi jawab dakwaan lelaki tu red flag

Telegram cloud  size 5 6262796259219411052 y

Dalam masa sama, Abby turut menepis tanggapan segelintir pihak yang melabelkan Munir sebagai lelaki yang mempunyai ciri-ciri red flag.

Biasalah manusia, ada yang suka dan ada yang tidak. Itu perkara biasa. Dengki-dengki pun biasa. Tak mungkin kita mampu nak puaskan hati semua. Paling penting dia single dan tak terkait dengan kehidupan orang lain.- Ujarnya.

Sebelum ini, hubungan Marissa dan Munir mula menjadi bualan selepas mereka dilihat meluangkan masa bersama serta berkongsi semula beberapa hantaran di TikTok. Mereka juga dilihat menemani Abby menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Untuk rekod, Marissa pernah berkahwin dengan pempengaruh Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023. Perkahwinan itu berakhir apabila mahkamah pada 23 Jun lalu mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Aslam terhadap Marissa adalah sah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas