Connect with us

Oh! Media

“Negara Ketiga Dah Tak Mahu Terima” – Isu Sosial Dan Sivik Rohingya Didakwa Punca Penempatan Semula Terhenti

Ohmedia pelarian

Oh! Tidak

“Negara Ketiga Dah Tak Mahu Terima” – Isu Sosial Dan Sivik Rohingya Didakwa Punca Penempatan Semula Terhenti

Isu sosial Rohingya didakwa menjadi punca negara ketiga enggan menerima pelarian berkenaan sejak 2021.

Isu pelarian Rohingya di Malaysia nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian apabila proses penghantaran mereka ke negara ketiga dilaporkan sudah terhenti sejak 2021.

BACA: Selepas Budak Rohingya, Kini Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Sedekah!

Memetik laporan Harian Metro, keadaan itu berlaku selepas masyarakat di negara ketiga didakwa enggan menerima pelarian Rohingya susulan isu sosial dan sivik.

IKLAN

Malaysia pernah hantar lebih 8,000 pelarian Rohingya

Ohmedia flat Rohingya

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, etnik Rohingya kini berstatus ‘stateless’ atau tidak mempunyai kewarganegaraan selepas kerajaan Myanmar menarik balik kerakyatan mereka.

Menurutnya, negara ketiga juga sudah tidak lagi mahu menerima pelarian Rohingya menyebabkan ramai daripada mereka terus berada di Malaysia.

Halim berkata, berdasarkan data rasmi yang ada, tahun 2021 merupakan rekod terakhir yang menunjukkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga.

Malaysia sudah menghantar 8,312 pelarian Rohingya ke 10 negara ketiga antara tahun 2003 hingga 2021, termasuk ke Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Jepun.

Dalam pada itu, Halim memaklumkan MCCF yang mempunyai pengalaman menjalankan pendataan warga asing sejak 2015 bersedia membantu kerajaan sekiranya dipanggil menyertai ‘task force’ bagi menangani isu berkenaan.

Malaysia bukan negara penempatan kekal pelarian, sebaliknya negara transit sementara sehingga proses penempatan semula ke negara ketiga dapat dilaksanakan.

Ujarnya lagi, MCCF menyokong pendekatan kemanusiaan selaras dengan prinsip antarabangsa. Namun, pihaknya juga mengutamakan keselamatan, kesejahteraan dan hak rakyat Malaysia.

Pssttt! Isu ini bukan mudah kerana ia melibatkan soal kemanusiaan dan keselamatan negara. Bantuan tetap perlu diberikan, tetapi pada masa sama kepentingan rakyat Malaysia juga tidak boleh diketepikan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas