Trending
“Badan Menggeletar, Berhalusinasi” – Lelaki Ini Dedah Bahaya ‘Flavour Pening’, Rayu Pantau Anak-Anak
Individu ini berharap pihak berkuasa mengambil perhatian serius kerana dilihat semakin membimbangkan.
Isu penyalahgunaan dadah sintetik dalam kalangan anak muda kembali menjadi perhatian selepas seorang lelaki tampil berkongsi peringatan di Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, Izzad Daniel mendakwa terdapat sejenis dadah sintetik yang disalah guna melalui cartridge atau pod dan ia dikatakan semakin membimbangkan kerana boleh mengelirukan orang ramai.
Bimbang tengok ramai remaja terjebak
Menurut Izzad, bahan tersebut bukan seperti flavour biasa dan boleh memberi kesan buruk kepada pengguna.
View on Threads
Dalam hantaran itu, Izzad turut menjelaskan bahawa dia pernah mempunyai pengalaman buruk melibatkan bahan sintetik lain sebelum ini sehingga beberapa kali dimasukkan ke hospital.
Saya tak pernah ada pengalaman dengan hisap piaow piaow ni, Saya cuma ada pengalaman dengan flavour mushroom. 4 kali saya dimasukkan ke hospital disebabkan flavour mushroom dan sampai sekarang sangat menyesal dan cukup anti dengan dadah sintetik ni.
Tambahnya lagi, pengalaman tersebut membuatkan dia berasa takut apabila melihat anak muda terlibat dengan bahan terlarang seperti itu.
Izzad juga mendakwa bahan sintetik seperti itu boleh memberi kesan kepada tubuh badan pengguna, termasuk menyebabkan badan menggeletar dan berhalusinasi.
Mohon ibu bapa pantau anak
Dalam masa sama, Izzad menyeru ibu bapa supaya lebih peka dan mendidik anak-anak dari awal agar tidak mudah terjebak dengan penyalahgunaan vape, pod atau bahan sintetik.


Dia turut berharap pihak berkuasa mengambil perhatian serius terhadap isu tersebut memandangkan penyalahgunaan bahan sintetik dilihat semakin membimbangkan.
Bagaimanapun, Izzad turut membuat penjelasan bahawa bukan semua pengguna pod tertentu menggunakan alat tersebut untuk tujuan penyalahgunaan dadah sintetik.
Pssttt! Isu penyalahgunaan dadah sintetik wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak, terutama apabila ia melibatkan golongan muda dan bahan yang mungkin sukar dikenal pasti oleh orang awam.
Kredit: Thread @izzaddaniel_
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM