Connect with us

Oh! Media

Pemilik Rumah Terapung Pokwe Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Pemilik Rumah Terapung Pokwe Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Pemilik rumah terapung Pokwe meninggal dunia pada usia 71 tahun selepas menghidap kanser hempedu.

Seorang lelaki yang pernah tular kerana idea unik membina rumah terapung ketika musim banjir, A Bakar Che Ahmad, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Pemergian insan yang dikenali ramai sebagai Pokwe ini cukup memberi kesan kepada masyarakat yang pernah mengikuti kisahnya sebelum ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun di kediamannya di Kampung Tebak, Kemaman sekitar jam 1.45 tengah hari, di sisi ahli keluarga tercinta. Berita ini pastinya mengejutkan ramai yang mengenali kisah inspirasi beliau.

IKLAN

Kesihatan merosot selepas pulang dari hospital

 9971

Menurut anak sulungnya, Kamaruddin, arwah sebelum ini menghidap kanser hempedu dan menerima rawatan di Hospital Kemaman serta Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Malah, arwah baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas hampir dua minggu dirawat di hospital.

Namun, keadaan kesihatan Pokwe dilaporkan semakin merosot sebaik sahaja pulang ke rumah.

Kesihatan ayah semakin merosot selepas balik rumah. Pagi tadi nampak masih okay, tapi menjelang tengah hari dia mula tak beri tindak balas sebelum menghembuskan nafas terakhir.- Katanya.

Lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

 9972

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan sekitar jam 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebak. Suasana pilu jelas terasa apabila lebih 100 ahli keluarga dan kenalan rapat hadir memberikan penghormatan terakhir.

Kehadiran ramai ini membuktikan betapa besar jasa dan kenangan yang ditinggalkan arwah kepada orang sekeliling.

Kisah rumah terapung yang pernah tular

 9973

Nama Pokwe mula menjadi sebutan ramai pada penghujung tahun 2022 apabila kisah rumah terapung binaannya tular di media sosial. Rumah unik itu dibina menggunakan 102 tong plastik dan mampu terapung ketika banjir melanda.

Idea kreatif itu sebenarnya tercetus selepas arwah berjaya membina reban ayam terapung pada tahun 2019. Sebagai bekas pemandu lori, beliau mengambil inisiatif itu kerana kediamannya sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh.

Kini, pemilik rumah terapung Pokwe telah pergi meninggalkan kenangan dan inspirasi yang sukar dilupakan.

Pssttt! Kadang-kadang idea kecil boleh beri impak besar dekat ramai orang. Hargai insan kreatif di sekeliling kita selagi mereka masih ada, sebab bila dah pergi, yang tinggal cuma kenangan dan cerita untuk kita ingat sampai bila-bila.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas