Oh! Tidak
Pegawai Polis Dibuang Kerja Lepas Video Hisap Vape Dadah
Pegawai polis dibuang kerja selepas video vape dadah tular, cetus kemarahan orang ramai dan tindakan tegas diambil.
Seorang pegawai kanan polis menerima padah apabila dibuang kerja selepas video dirinya melakukan perbuatan tidak bermoral tular di media sosial. Lebih mengejutkan, dia didakwa menghisap vape yang mengandungi dadah dalam rakaman tersebut.
Kejadian ini terus mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendesak supaya tindakan tegas diambil. Akhirnya, pihak berkuasa bertindak selepas siasatan dan perbicaraan tatatertib dijalankan.
Perbicaraan dedah tiada faktor ringankan hukuman

Pegawai terbabit dikenali sebagai Dedi Kurniawan yang bertugas di Balai Polis Wilayah Sumatra Utara. Dia dijatuhkan hukuman buang kerja selepas melalui proses perbicaraan tatatertib yang berlangsung selama beberapa jam.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Sumatra Utara, Ferry Walintukan, keputusan itu dibuat selepas panel mendapati tiada faktor yang boleh meringankan hukuman. Malah, tertuduh juga gagal memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.
Siasatan turut meneliti video tular yang menunjukkan tertuduh dalam keadaan terhuyung-hayang dan bercumbu dengan seorang wanita di khalayak ramai. Difahamkan, insiden itu dikaitkan dengan satu kes serangan di Tanjung Balai tahun lalu.
Walaupun tertuduh mendakwa dia sedang menjalankan tugas penyamaran, perlakuannya tetap dianggap melanggar etika profesional sebagai anggota polis.
Memang benar dia menyamar dan ujian air kencingnya negatif namun perlakuannya masih tidak wajar.- Katanya.
Alasan menyamar tak diterima

Sebelum ini, tertuduh cuba mempertahankan diri dengan mendakwa semua aksi dalam video tersebut adalah sebahagian daripada tugas rasmi ketika menjalankan siasatan lapangan.
Namun alasan itu tidak diterima kerana tindakan tidak senonoh di tempat awam tetap melanggar disiplin dan imej pasukan. Kes ini sekali lagi mengingatkan bahawa setiap anggota penguat kuasa perlu menjaga tingkah laku walaupun dalam situasi operasi.
Pssttt! Kalau pegang amanah besar macam ni, jaga tingkah laku walau dalam apa keadaan sekalipun. Sekali silap, bukan saja rosak kerjaya tapi kepercayaan orang ramai pun hilang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM