Oh! Artis
“Dia Ingin Tuntut Harta 50/50, Sign RM5 Juta” – Nubhan Akhirnya Dedah Punca Bercerai
Nubhan berkata, dia berdiam diri selama ini namun menerima pelbagai tohmahan dan kecaman.
Selepas lama berdiam diri, penyanyi Nubhan akhirnya tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya yang sebelum ini menjadi tanda tanya ramai.
BACA: “Saya Tak Tahu Kenapa Nubhan Buat Saya Macam Ni” – Dr Fie
Menerusi pendedahan ekslusif bersama Hlive, Nubhan berkata, pada awalnya dia tidak berniat untuk berpisah kerana masih mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama bekas isterinya.
Isu tuntutan harta buatkan Nubhan tertekan
Namun, keadaan mula berubah apabila isterinya didakwa mengugut mahu membuat tuntutan harta dalam jumlah yang besar.
Apabila saya tidak menceraikan, dia ingin menuntut harta 50-50, dan sign 5 juta. Sekiranya saya tak menceraikan dia, dia disuruh untuk minta fasakh. Tuntut harta dulu, dah dapat harta, baru kahwin balik. Jadi saya ‘jammed’ lah.
Nubhan menjelaskan dia sudah cuba memberikan yang terbaik dalam hubungan tersebut, namun akhirnya terpaksa reda sekiranya jodoh mereka hanya sampai di situ.
Saya sayang rumahtangga tu, sebab tu tak jadi cerai pada awalnya. Tapi bila jadi macam tu, saya rasa jangan ambil kesempatanlah. Saya tahu saya belajar tak tinggi, tapi saya bekerja keras untuk bagi keselesaan pada anak-anak dan dia. Saya cuba tunaikan semua permintaan dia. Saya tahu dia belajar penat, dia seorang doktor. Saya berusaha buka satu klinik gigi untuk dia. Mungkin saya terlalu manjakan dia kot. Dan sebab tu juga banyak pelanggaran dia buat.
Tambah Nubhan lagi, isterinya pernah meminta wang RM10,000 setiap bulan untuk perbelanjaan. Jadi dia mencuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan itu sama ada melalui pendapatan klinik gigi atau dari dirinya sendiri.
Namun, usahanya selama ini seperti tidak cukup dan dia akhirnya redha terpaksa berpisah.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Namun, isu kembali panas apabila Nubhan mendakwa bekas isterinya membuat tiga pelanggaran membuatkan dia menfailkan prosiding komital.
Pssttt! Hal rumah tangga bukan sesuatu yang mudah dan sering kali melibatkan tekanan emosi yang besar. Apa pun yang berlaku, semoga kedua-dua pihak dapat terus kuat dan menyelesaikan segala urusan dengan baik.
Kredit: Instagram Hlive
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM