Oh! Tidak
Pemandu Bas Ekspres Dirakam Riba Wanita Ketika Memandu, JPJ Jalankan Siasatan
Pemandu bas ekspres riba wanita sambil memandu dipanggil JPJ.
Semalam, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu sambil meriba seorang wanita.
Wanita terbabit turut dilihat memegang stereng ketika bas sedang bergerak di jalan raya. Rakaman itu dipercayai diambil oleh salah seorang penumpang bas berkenaan.
JPJ bertindak segera, pemandu sudah dipanggil
Lebih mengejutkan, satu lagi video berasingan menunjukkan bas sama dipandu secara berbahaya termasuk menyelit di celah kenderaan lain dirakam dashcam kenderaan yang berada di belakang bas tersebut.
View on Threads
Terbaru, Harian Metro melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan segera dengan memanggil pemandu bas untuk diambil keterangan.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, maklumat mendapati bas ekspres itu sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai ketika kejadian berlaku.
Pemandu dan syarikat bas yang terbabit sudah pun dikenal pasti.
Tambah beliau lagi, selepas siasatan lengkap, kes ini akan dirujuk kepada Ketua Pengarah JPJ untuk tindakan lanjut.
Dalam masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana pejabat JPJ berhampiran.
View on Threads
JPJ turut memberi amaran tegas kepada semua pemandu, khususnya pengendali kenderaan komersial agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
Pssttt! Perbuatan seperti ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah boleh mengundang tragedi besar. Bayangkan puluhan nyawa berada dalam satu bas, tetapi keselamatan dipandang ringan. Diharapkan tindakan tegas diambil supaya jadi pengajaran kepada semua pemandu di luar sana.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM