Trending
Netizen Kecam Sanggup Tinggal Anak Sertai Misi GSF 2.0, Nadzmi Adhwa Pertahankan IsteriĀ
Ardell Aryana dikecam sertai misi GSF 2.0, sanggup tinggalkan suami dan anak di rumah.
Isu penglibatan pelakon Ardell Aryana dalam misi kemanusiaan GSF 2.0 terus menjadi perhatian apabila muncul pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Ada yang menyokong usaha murni itu, namun tidak kurang juga yang mengecam, terutamanya apabila melibatkan pengorbanan meninggalkan keluarga.
Dikecam tinggalkan anak demi misi
Menerusi satu perkongsian, seorang individu melabel tindakan meninggalkan anak di rumah demi menghantar bantuan yang tidak akan sampai sebagai satu kebodohan.

Susulan itu, suami kepada Ardell iaitu Nadzmi Adhwa tampil memberikan respon yang cukup ringkas.
Bila nanti Allah tanya aku ada jawapan nya.
Nadzmi juga menjelaskan dia sekali lagi tidak terpilih untuk misi kali ini dan bersedia menjaga anak-anak di rumah.
Manakala ibu mentuanya pula sudah sihat dan kini dijaga oleh lima iparnya yang lain.
View on Threads
Dalam hantaran lain, Nadzmi memberi sokongan kepada Ardell dan rakan-rakan dalam misi tersebut. Dia berharap sukarelawan terus kuat walaupun ada hinaan yang diberikan netizen terhadap mereka.
Pssttt! Dalam hal macam ni, memang tak semua orang akan setuju. Tapi bila niatnya untuk bantu dan buat kebaikan, mungkin kita kena lebih berhati-hati sebelum menghukum. Setiap orang ada perjalanan masing-masing, dan hanya mereka yang lalui saja faham sepenuhnya.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM