Oh! Tidak
Wanita Dakwa Jadi Mangsa ‘Job Modelling’ Pelik, Diminta Buat Video Tunjuk Lidah, Siap Close Up!
Wanita dedah pengalaman mencurigakan job modelling, diminta buat video tunjuk lidah.
Seorang wanita berkongsi pengalaman berdepan situasi mencurigakan ketika cuba menyertai satu tawaran job modelling yang ditemuinya di media sosial.
Dia mendedahkan beberapa mesej perbualan yang menunjukkan permintaan pelik daripada individu yang menawarkan pekerjaan tersebut.
Diminta hantar video dan selfie

Menurut wanita itu, semuanya bermula apabila dia berminat dengan satu iklan mencari model di Sungai Petani.
Selepas itu, dia diminta menghantar video sebagai bukti bahawa dia benar-benar berminat untuk menyertai job tersebut.
Tidak terhenti di situ, dia juga diminta menghantar selfie dari beberapa sudut berbeza.
Mula rasa tak sedap hati dengan permintaan pelik

Keadaan mula menjadi pelik apabila individu tersebut meminta dia melakukan pose tertentu termasuk menunjukkan lidah.
Wanita itu mengakui dia cuba memenuhi permintaan tersebut pada awalnya, namun mula rasa tidak selesa apabila diminta berulang kali.

Lebih membimbangkan, individu itu turut meminta video close-up bahagian lidah untuk melihat dengan lebih terperinci.
Disebabkan rasa curiga, wanita itu cuba mendapatkan maklumat lanjut individu berkenaan termasuk nombor telefon dan akaun media sosial.

Namun, individu tersebut hanya menawarkan untuk memberikan gambar kad pengenalan sebagai bukti.

Akhirnya, wanita itu mengambil keputusan untuk menyekat individu tersebut demi keselamatan diri.
Pssttt! Dalam era sekarang, tawaran kerja di media sosial memang mudah ditemui, tapi jangan terlalu cepat percaya. Kalau sudah mula ada permintaan pelik atau buat kita rasa tidak selesa, itu sudah cukup jadi ‘red flag’. Lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian hari.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM