Connect with us

Oh! Media

[ULASAN] Lepas Guna Hampir 3 Bulan Bersama vivo X300 Pro. Bukan Jatuh Cinta Pandang Pertama Tapi….

Ohmedia cover Vivo Review

Oh! Geekz

[ULASAN] Lepas Guna Hampir 3 Bulan Bersama vivo X300 Pro. Bukan Jatuh Cinta Pandang Pertama Tapi….

Aku dah guna vivo X300 Pro lebih tiga bulan sejak ia dilancarkan. Awalnya aku tidaklah terus jatuh cinta sebab aku masih setia dengan satu lagi jenama Android yang tak kurang hebat zoom kameranya, telefon tu bagi ‘love at first sight’ sebab warna cantik, kamera pada satu bahagian sisi, dan melebihi jangkaan aku terutama dari aspek kamera.

Dengan X300 Pro, aku lambat sikit nak attach, tapi makin aku guna setiap hari, barulah terasa macam okay why not bagi peluang pada vivo X300 Pro.

Sebagai pengguna Android yang obses dengan kamera yang boleh zoom jauh tanpa hilang detail berlebihan dan juga seorang kaki konsert yang kadang-kadang takde luck dapat bahagian VIP, duduk jauh dari pentas, aku selalu skeptikal dengan telefon yang mengaku “kamera pro”. 

Telefon lain kadang nampak cantik dekat skrin, tapi bila zoom jauh, detail hilang dan gambar hancur. Dengan vivo X300 Pro, pengalaman tu berubah. Kamera bukan sekadar angka pada spesifikasi, tapi benar‑benar usable dalam situasi nyata, dari rakaman artis atas pentas hingga pemandangan dari jauh.

IKLAN

Untuk 2025, vivo guna formula “If it ain’t broke, don’t fix it” untuk X300 Pro. Ya, vivo X300 Pro tak jauh beza dengan pendahulunya, X200 Pro, dan itu sebenarnya satu perkara yang baik. Telefon ini masih mengekalkan asas yang kuat dan memperbaiki bahagian penting yang benar‑benar mempengaruhi pengalaman harian aku.

Kamera Function Sama Macam ‘Claim’


vivo X300 Pro muncul dengan tiga lensa utama ZEISS. Kamera utama 50 MP dengan sensor Sony LYT‑828 dan OIS memberikan asas kukuh untuk foto malam dan dynamic range yang luas. 

Kamera telefoto 200 MP ZEISS APO dengan OIS memberikan zoom optikal sekitar 3.7x yang sangat berguna dengan tidak buang detail rakaman dan kamera ultrawide 50 MP membantu merakam suasana yang lebih luas apabila perlu ambil keseluruhan pentas atau latar belakang. 

Kamera telefoto ini sebenarnya menjadi favourite aku daripada ketiga‑tiga lensa. Shutter speed cepat, gambar sharp, detail jelas, dan depth‑of‑field yang natural membuatkan foto jarak jauh terasa lebih nyata dari mana‑mana telefon lain yang aku pernah guna. 

vivo X Pro Photographer Kit
vivo X Pro Photographer Kit

Walaupun aku nak sangat guna telefoto kit yang disediakan bawa masuk concert artis kesukaan, saiznya pula dihalang untuk melepasi banyak venue konsert, jadi aku bergantung pada zoom siap terbina ni dan hasilnya pun tak kurang hebat.

Adaptive Zoom Flash membantu menyesuaikan pencahayaan ikut focal length, jadi hasil gambar pada semua zoom tetap seimbang tanpa highlight yang terlalu blown out atau shadow yang tenggelam. Warna dari kamera utama juga pop, good daylight photos memang standout dengan vibrancy dan white balance yang konsisten. Bahkan dalam keadaan cabaran pencahayaan, kamera ini masih mampu cari lebih detail (kena pandai adjust).

Bonggol kamera pada vivo X300 Pro agak ketara. Aku perasan semasa konsert dan masa penggunaan harian biasa, telefon terasa lebih ‘menonjol’ bila diletakkan di atas permukaan keras atau bila dimasukkan ke dalam poket yang rapat.

Risiko calar pada modul kamera itu tidak boleh diabaikan jika diletakkan di permukaan kasar tanpa sarung, dan itu satu isu practical yang aku sendiri kena belajar jaga semasa guna telefon ni.

Ni aku share sedikit hasil tangkapan gambar untuk pelbagai situasi (bukan jurugambar pro).

OriginOS 6: Lagi Smooth Untuk Android

Settle untuk kamera, ini pula kekuatan terbaru vivo iaitu OriginOS6 yang dibangunkan atas Android 16 terasa matang dan stabil. Ia bukan hanya interface yang cantik, tetapi pengalaman penggunaan terasa licin dan intuitif. 

Ada yang compare antaramuka vivo ni sangat mirip dengan iOS iPhone, menampilkan ikon “Liquid Glass”, reka letak widget, dan pusat kawalan yang hampir identik. Tak cukup dengan itu vivo pun sekarang dan boleh “Airdrop” (melalui EasyShare). 

@ohmedia

Gitu je member nak tunjuk guna phone baru, vivo X300 Pro siap pakej boleh ‘airdrop’ ke iPhone. Senangla nak transfer gambar dengan video lepas ni. #ohmedia #vivoX300Pro #OriginOS6

♬ nhạc nền – hamster –

Berbalik semula untuk OS6 ni, bila dan guna untuk beberapa ketika dapat rasa peralihan antara aplikasi terasa lancar, animasi pun tak over dan pengurusan aplikasi latar pintar membuatkan telefon tidak tersekat walaupun digunakan secara intensif. 

Kamera app disusun secara intuitif, jadi tukar mod, zoom atau laras exposure boleh dilakukan pantas tanpa gangguan. 

Prestasi & Bateri Yang Ikut Style Penggunaan

Beralih kepada bahagian teknikal pula, vivo X300 Pro ni menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500 dengan RAM sehingga 16 GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1 TB, yang mana ia jelas bagi pengalaman yang lancar terutama kalau korang jenis multitasking, nak kena buka banyak apps berat serentak (lagi-lagi part nak kena edit video).

Skrin vivo X300 Pro ini mempunyai paparan 6.78 inci LTPO AMOLED dengan refresh rate 120 Hz memastikan pengalaman menatal gambar, video atau suntingan terasa konsisten.

Telefon ini juga memiliki rating IP68/IP69 untuk ketahanan terhadap debu dan air, jadi kurang risau jika terkena hujan atau tumpahan semasa berada di outdoor.

vivo X300 Pro dibekalkan dengan bateri 6510 mAh, satu angka yang besar untuk telefon flagship moden, yang menyokong 90W FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge, jadi mengecas semula telefon agak pantas bila perlu. 

Tapi jujur untuk penggunaan maksimum, terutamanya semasa konsert yang berdurasi lebih tiga jam dengan rakaman berterusan, bateri terasa cepat habis berbanding jangkaan kapasiti tersebut. Walaupun pengecasan pantas memang membantu, apabila telefon dah berada di bawah tekanan penggunaan tinggi rakaman video panjang + zoom intensif + refresh rate tinggi bateri tetap cepat kempis. 

Untuk penggunaan harian yang lebih sederhana, bateri ada daya tahan yang baik, tetapi semasa event konsert yang panjang, ia agak mengecewakan.

Pengalaman Sebenar Dari Pentas ke Layar Telefon

Zoom dan telefoto terbina dalam sangat membantu dalam konsert. Aku boleh ambil gambar artis dekat atas pentas, ekspresi wajah, kostum dan pencahayaan pentas masih jelas dan fokus stabil tanpa perlu alih‑alih telefon pergi ke zoom ekstrem digital. 

Kamera ultrawide pula membolehkan aku tangkap keseluruhan pemandangan pentas atau latar belakang dengan baik bila diperlukan. Contoh gambar yang aku ambil menunjukkan warna konsisten, level exposure yang seimbang dan fokus yang kurang lari walaupun zoom maksimum diaplikasikan. Video Dolby Vision pula membolehkan rakaman lebih sinematik walaupun cahaya berubah‑ubah di pentas.

@ohmedia

Ada yang tengah Post-Concert Depression (PCD) ke tu? Ni kami share sikit video masa #TDS4inKLDay1 yang dirakam menggunakan The Ultimate Concert Phone, @vivo_malaysia X300 Pro. Nanti kami share lagi moment konsert NCT. Tunggu tau. #X300ZEISSImageSoPro #TheUltimateConcertPhone

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Tak cukup superfans la kalau tiada fancam time konsert kan? Untuk konsert aku suka setting 4K 60fps sebab bagi aku yang ni pun hasilnya dah cun. Kalau nak versi lebih ‘atas’ korang boleh je tukar setting jadi 4K 120fps dengan Dolby Vision untuk video yang lebih bersih, tajam dan stabil, setting ni kalau tengok guna monitor atau screen besar pun memang clear.

Jadi tidak hairanlah apabila vivo X300 Pro dapat gelaran The Ultimate Concert Phone 2025.

vivo X300 Pro, Solusi Untuk Pecinta Konsert & Fotografi Kompak

vivo X300 Pro bukan telefon untuk semua orang, tapi bagi pengguna yang tahu apa mereka perlukan dari kamera dan prestasi, ia terasa seperti alat yang direka untuk kegunaan sebenar.

Kameranya yang usable, sistem operasi stabil, prestasi lancar dan paparan jelas memberi pengalaman rakaman maksimum tidak kira masa dari pagi hingga malam. 

Walaupun bateri besar 6510 mAh terasa kurang tahan dalam penggunaan maksimum, terutama semasa konsert yang panjang, zoom kuat dan detail yang ditawarkan masih membuatkan telefon ini layak menjadi pilihan terbaik untuk yang letakkan kemampuan kamera telefon sebagai keutamaan dalam kehidupan harian atau hobi.

Harga di pasaran Malaysia juga boleh dikatakan berpatutan hanya RM4,699 untuk kualiti yang ditawarkan.

So, korang yang dah guna vivo X300 Pro ni ada pendapat tambahan? Kalau ada share dekat ruangan komen.

Maklumat lanjut tentang vivo X300 Pro layari, www.vivo.com/my.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas