Connect with us

Oh! Media

Ultimate Phone Untuk Konsert! Ulasan Peribadi Selepas Sebulan Menggunakan vivo X300 Pro!

Ohmedia cover Vivo

Trending

Ultimate Phone Untuk Konsert! Ulasan Peribadi Selepas Sebulan Menggunakan vivo X300 Pro!

Siri vivo X memang sudah sinonim dengan keupayaan kamera kelas mercu, dan untuk tahun ini vivo X300 Pro membuktikan sekali lagi mengapa siri ini sentiasa menjadi pilihan dalam fotografi mudah alih.

Macam penulis yang sering ke konsert, telefon merupakan satu investment yang sangat penting untuk merakam momen-momen penting. Jika tahun lalu kami menggunakan vivo X200 Pro kali ni, kami berpeluang untuk upgrade ke vivo X300 Pro.

Dengan naik taraf besar pada sensor, optik ZEISS yang semakin matang, serta cip pemprosesan imej tersendiri, vivo X300 Pro muncul sebagai antara telefon dengan sistem kamera paling komprehensif di pasaran Malaysia. 

Walaupun tampil dengan rekaan lebih berkotak dan skrin rata sepenuhnya, tumpuan sebenar tetap pada modul kamera besar yang menjadi nadi utama peranti ini.

Sensor Baru, Dengan Kejelasan Gambar Yang Lebih Sharp

20251025 200523 1
20251025 200517
20251108 151418

Sesuai dengan gelaran “The Ultimate Phone Concert 2025”, modul utama vivo X300 Pro menempatkan lensa ZEISS 50MP dengan sensor LYT-828 berkeupayaan tinggi bersama penstabilan Gimbal-Grade. 

IKLAN

Dalam penggunaan harian, kamera utama ini memberikan gambar yang konsisten dan tajam di hampir semua keadaan. Waktu malam atau dalam stadium ialah medan paling jelas untuk melihat kekuatan kamera X300 Pro ni.

Apa kami boleh kongsi, noise terkawal, highlight tidak meletup dan butiran masih terjaga. 

Telefoto 200MP Jadikan Momen Konsert Lebih Jelas

Jika ada satu bahagian kamera yang betul-betul menonjol, jawapannya ialah telefoto 200MP ZEISS APO. Sensor berkualiti tinggi ini digandingkan dengan sokongan OIS dan sensor HBP, menjadikannya antara telefoto paling agresif dalam kelasnya. 

Pada zum 10x, hasil imej masih kelihatan sangat tajam, dengan tekstur yang jelas dan hampir tiada kehilangan butiran. Keupayaan waktu malamnya juga mengagumkan kerana ia masih mampu mengekalkan kejelasan tanpa noise berlebihan.

Dalam beberapa situasi memang ada sedikit oversharpen, tetapi secara keseluruhan ia memberikan pengalaman zum yang jarang peranti lain mampu tandingi

Pengalaman menggunakan zoom vivo X300 Pro semasa konsert beri rasa seakan menggunakan kamera profesional dalam bentuk telefon. Komposisi jarak jauh, potret tight frame, subjek bergerak semuanya boleh diurus dengan kemas. 

Pengguna yang suka merakam subjek jauh seperti pentas konsert, bangunan atau wildlife dapat melihat kelebihan jelas telefoto ini.

Ultra Lebar 50MP Yang Konsisten Setiap Masa

20251014 100953
20251014 104710

Lensa ultra-lebar mungkin tidak menerima naik taraf besar berbanding generasi sebelumnya, tetapi ia kekal menghasilkan imej yang bersih dan seimbang. 

Warna hampir sama seperti lensa utama tanpa perbezaan ketara, membuktikan tuning kamera vivo semakin matang. Untuk rakaman lanskap, interior atau street photography, ia masih antara yang terbaik dalam kategori flagship.

ZEISS T: Tiada Flare, Tiada Gangguan*

Kerjasama vivo dan ZEISS turut diterjemahkan melalui salutan T* yang terbukti mengurangkan lens flare dengan ketara. Dalam kebanyakan rakaman malam atau situasi backlight kuat, flare hampir tidak muncul langsung. Ini menjadikan gambar malam lebih bersih dan profesional, sesuatu yang jarang ditemui pada telefon lain.

20251014 140838 1
20251014 160511
20251017 165316 1
20251017 174137 1
20251014 203447
20251014 203804
20251016 184402
20251016 154353 2
20251016 115157

Video 4K 120FPS – Standard Kamera, Bukan Telefon

Untuk rakaman video, vivo X300 Pro turut menyasarkan pengguna profesional melalui sokongan 4K 120FPS dan Dolby Vision. Bagi pengguna yang lebih teknikal, mod rakaman 10-Bit LOG turut disediakan, membolehkan proses color grading yang lebih fleksibel. 

Kombinasi kestabilan Gimbal-Grade menjadikan rakaman sambil berjalan terasa lebih smooth dan natural.

Cip VS1: Otak Di Sebalik Gambar Yang Mantap

Sokongan cip pemprosesan imej VS1 memberi kelebihan kepada vivo X300 Pro dalam pengurusan noise, dynamic range dan warna. Ia membantu menghasilkan output yang konsisten merentas lensa utama, telefoto dan ultra-lebar. Ini juga menjadikan peralihan antara lensa lebih natural semasa merakam video.

Walaupun kamera ialah nadi utama peranti ini, pengalaman penggunaan keseluruhannya turut disokong oleh bateri 6510mAh yang menawarkan ketahanan sehingga tujuh jam untuk penggunaan kamera berat. Pengecasan 90W FlashCharge dan 40W pengecasan nirwayar memastikan ia sentiasa bersedia untuk digunakan semula dalam masa singkat.

Tiada Lagi FunTouch OS Kini Origin OS6!

Whatsapp 2025 11 28 at 50831 Pm

Ramai yang gembira bila vivo mengumumkan akan menyelaraskan Sistem Operasinya kepada Origin OS6. Walaupun ada suara-suara yang seakan ‘tak puas hati’ dengan merasakan yang Origin OS ni sama macam iOS 26 versi Apple.

Tapi pada kami ia bukan satu masalah pun kerana yang penting ia still bagi pengalaman penggunaan yang smooth dan senang nak biasakan diri. Sepanjang pakai, tak ada isu besar, cuma macam biasa, ada beberapa aplikasi prapasang yang tak semua orang perlukan.

Dari segi ciri, memang banyak benda menarik. Ada Origin Island, boleh tukar gaya jam dekat lockscreen, sambung dengan peranti Apple melalui EasyShare, dan ciri AI yang memang membantu untuk urusan harian. 

Overall, Origin OS 6 ni rasa lebih seronok dan lebih lancar digunakan berbanding Funtouch OS.

Untuk kemas kini, peranti dapat 5 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti. Memang tak setanding 7+7 tahun yang Google dan Samsung tawarkan, tapi untuk penggunaan jangka panjang, ia masih lebih daripada cukup.

vivo X300 Pro bukan sekadar sebuah telefon mercu tetapi sebuah sistem kamera profesional yang dibina untuk pengguna yang benar-benar mementingkan kuasa optik. Dengan harga RM4699 untuk model 16/512GB, ia berada dalam kelas flagship yang sangat kompetitif. 

Jika kamera ialah faktor nombor satu, kami boleh kata vivo X300 Pro adalah antara peranti paling meyakinkan untuk tahun ini.

Maklumat lanjut dan tempahan layari, https://www.vivo.com/my/products/x300-pro.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas