
Oh! Tidak
Didakwa ‘Ciplak’ Resepi Auntie Ja, Netizen Tuntut Haqiem Stopa Beri Penjelasan
Staf didakwa bocor rahsia Suka Dessert kepada pesaing, nama Haqiem Stopa dipetik.
Sejak semalam tular di media sosial dakwaan pemilik kedai kek dan pemanis mulut popular, Suka Dessert iaitu Auntie Ja dikhianati oleh staf sendiri.
Staf berkenaan didakwa membocorkan maklumat mengenai resepi dan pembekal utama kedai kek itu kepada pesaing. Perkara ini membuatkan Auntie Ja berasa sungguh kecewa.
Luahan kecewa Auntie Ja
DUIT. Sekarang, banyak lagi cerita keluar satu persatu. Dicontactnya supplier besar SD dan jumpa boss terus. Semuanya guna tiket SD. Patut lah sibuk datang dari jauh naik kereta sendiri semata-mata nak join meeting. Padahal dia tak terlibat pun. P/s: Dah masuk kelas macam2 yg SD support, masih lagi nak ikut recipe/menu SD? LEMAH. Btw, boleh stop kot jaja ceria sedih hal family.
Di ruangan komen perkongsian tersebut, nama pempengaruh popular, Haqiem Stopa telah dipetik oleh netizen.
Nama Haqiem Stopa dipetik netizen

Netizen memohon penjelasan daripada Haqiem sama ada dakwaan meniru resepi dari staf dalaman Suka Dessert itu benar.
Meninjau ke Threads, seorang pengguna media sosial berkongsi rakaman pendek menunjukkan Haqiem kekal tenang ketika live di TikTok.
View on Threads
Haqiem dipercayai menafikan dakwaan itu dan ketika live tersebut dibuat tontonan mencecah sehingga 13,000 orang.
Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada Haqiem berkenaan isu panas ini ya.
Pssttt! Apa pun cabarannya, keikhlasan dalam berniaga akan menentukan sejauh mana sesebuah perniagaan mampu bertahan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
