Connect with us

Oh! Media

Sewa Naik Dari RM4k Ke RM15k, Haqiem Stopa Dedah Sebab Tutup Kedai Nasi Ayam Gepuk Di KL

Ohmedia haqiem Stopa

Trending

Sewa Naik Dari RM4k Ke RM15k, Haqiem Stopa Dedah Sebab Tutup Kedai Nasi Ayam Gepuk Di KL

Haqiem Stopa tutup kedai ayam gepuk di KL selepas kadar sewa naik mendadak.

Pempengaruh dan usahawan, Haqiem Stopa semalam mengumumkan kedai nasi ayam gepuk kepunyaannya di Kuala Lumpur akan ditutup secara rasmi.

Dalam satu video, Haqiem berkata, dia tidak mampu untuk terus menyewa kedai di tapak itu berikutan kadar sewa yang semakin meningkat.

Sewa makin naik, Haqiem terpaksa tutup kedai di KL

Katanya sebelum ini kedai disewa pada harga RM4,000. Kemudian sewa dinaikkan kepada RM6,500 dan kini menjangkau RM15,000.

IKLAN

Tambahnya, sebelum ini sewa dibayar pada 15 hari bulan namun tiba-tiba dia diminta membayar sewa pada 1 hari bulan.

@haqiemstopa_starlive_oe

Bad news untuk Ayam Gepuk Netizen Kuala Lumpur . Sy mntk maaf pada semua ☺️🙏🏻💪🏻 Smoga melaka dapat sambutan luar biasa 💪🏻

♬ Boundless Worship – Josué Novais Piano Worship

Selain perjanjian yang sentiasa berubah, Haqiem turut mempunyai sebab yang tidak dikongsi secara terperinci.

“Kita naikkan tempat tu sekali pakej sewa naik”

Haqiem Stopa

Difahamkan kini Ayam Gepuk Netizen KL beroperasi tanpa kedai dan Haqiem merancang untuk membuat jualan bergerak (tour) di beberapa lokasi.

Pempengaruh ini mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menyokongnya selama ini.

Pssttt! Bukan mudah nak bertahan dalam dunia perniagaan, lebih-lebih lagi bila kos sewa melambung tinggi. Tindakan Haqiem untuk beralih ke jualan bergerak mungkin langkah bijak dalam situasi sekarang. Semoga terus sukses dan dilimpahkan rezeki yang lebih luas!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas