Connect with us

Oh! Media

”Saya Adalah Wanita Bersyukur Dan Gembira..” – Fazura Akui Bahagia Bersama Fatima

Ohmedia fazura fatimah fattah amin

Trending

”Saya Adalah Wanita Bersyukur Dan Gembira..” – Fazura Akui Bahagia Bersama Fatima

Fazura syukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang dan bahagia membesarkan Fatima.

Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin meluahkan rasa syukur dengan kehidupannya kini sebagai seorang ibu tunggal yang membesarkan anak perempuannya, Fatima.

Menurut laporan mStar, Fazura memberi gambaran jelas bahawa kebahagiaan utamanya kini adalah bersama cahaya mata tersayang.

Saya adalah wanita bersyukur dan gembira bersama cinta hati saya, Fatima di sini.

Fazura terima sokongan padu dari peminat

Fazura 3

Komen itu dibuat sebagai balasan kepada pengikut bernama Iamfarahanaamira, yang menitipkan doa dan kata semangat buat Fazura.

IKLAN

Menurutnya, status ibu tunggal bukanlah kelemahan, sebaliknya perjalanan indah untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama Fatima.

Ia peluang untuk menemui lebih banyak kekuatan, mencipta kenangan indah bersama Fatima, dan menghargai cinta yang benar-benar bermakna.

Malah, pengikut itu turut mengingatkan Fazura bahawa dia seorang wanita dan ibu yang hebat, yang layak dihargai serta dicintai dengan penuh keikhlasan.

Fasa baru selepas perceraian

Fazura

Untuk rekod, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.

Pssttt! Kadang kala bahagia itu hadir dalam bentuk yang sederhana. Jangan takut bersendiri, kerana ia boleh jadi ruang untuk kita lebih kuat dan menghargai erti sebenar kehidupan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas