Connect with us

Oh! Media

Jho Low Didakwa Sembunyi Di Kediaman Mewah Di Shanghai Guna Nama Palsu

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Jho Low Didakwa Sembunyi Di Kediaman Mewah Di Shanghai Guna Nama Palsu

Jho Low dikatakan tinggal di kediaman mewah di Shanghai guna pasport palsu Australia.

Rasanya semua orang dah tahu, Jho Low merupakan individu paling dikehendaki berkait skandal kewangan terbesar negara, 1MDB.

Tapi itulah, sampai sekarang, kelibat dia masih belum dapat dikesan. Ke mana dia menghilang?

Kalau korang nak tahu, terbaru dua wartawan penyiasatan terkenal, Bradley Hope dan Tom Wright mendedahkan satu maklumat yang cukup mengejutkan tentang keberadaan Jho Low.

IKLAN

Jho Low dikesan tinggal di kawasan mewah di Shanghai?

 8039

Menurut mereka, Jho Low kini dikatakan sedang ‘bersembunyi’ di kawasan perumahan mewah Green Hills, Shanghai, China. Bukan biasa-biasa tempat tu, katanya kawasan eksklusif dan penuh dengan kawalan keselamatan.

Bukan itu je, Jho Low juga dipercayai menggunakan pasport Australia palsu untuk menetap di negara tersebut dan identitinya dalam dokumen palsu itu guna nama “Constantinos Achilles Veis”.

Bukan main lagi nama Greek tu, memang bukan calang-calang punya penyamaran.

Bukti dikumpul dari pelbagai sumber…

 8042

Kedua-dua wartawan tu mendakwa mereka dah kumpul pelbagai bukti dan dokumen terkini yang menunjukkan keberadaan Jho Low di kawasan tersebut. Namun begitu, perlu ditekankan yang kesahihan dakwaan itu masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa.

Kalau betul pun dia kat sana, pasti bukan senang nak jejaki dengan pelbagai helah yang digunakan termasuk identiti palsu dan tinggal di kawasan tertutup.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua ambil pengajaran dari kisah ni. Duit haram takkan pernah tenang walaupun duduk di rumah mewah sekalipun. Sampai bila nak lari dan sembunyi? Kita yang hidup ni, biarlah sederhana asalkan hidup aman dan tak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kredit: YouTube
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas