Connect with us

Oh! Media

“14 Tahun Dia Tunggu” – Penceroboh Gantung Gambar Aliff Syukri, Siap Ngaku Tunang!

Ohmedia penceroboh Rumah Aliff Syukri

Oh! Artis

“14 Tahun Dia Tunggu” – Penceroboh Gantung Gambar Aliff Syukri, Siap Ngaku Tunang!

Datin Shahida terkejut penceroboh rumah mengaku tunang Aliff Syukri, barang dalam rumah dijual.

Siapa sangka rumah yang lama ditinggalkan boleh jadi ‘kediaman cinta’ untuk orang lain! Rumah kampung milik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida didakwa telah diceroboh individu misteri yang bukan saja jual barang dalam rumah malah siap mengaku Aliff adalah tunangnya!

BACA: “Dia Jual Diri 5 Lelaki 1 Wanita” – Aliff Syukri Terkejut Rumah Jadi Tempat Pelacuran

Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Shahida mendapati penceroboh rumah telah menjual hampir semua barang di dalamnya.

IKLAN

Barang rumah habis dijual, gambar Aliff Syukri digantung di bilik

Lebih mengejutkan, individu itu bukan sekadar menjual barang, malah turut menggantung gambar Aliff Syukri di bilik tidur dan mendakwa mereka sudah ‘bertunang’.

Janji nak kahwin, 14 tahun dia tunggu.

Turut curi barang jiran

Aliff Syukri

Tidak cukup dengan mencuri dan ceroboh rumah tersebut, Shahida turut mendakwa individu berkenaan dan rakannya juga mencuri barang milik jiran berdekatan rumah kampung itu.

Difahamkan, rumah berkenaan sudah lama tidak diduduki dan hanya dijaga oleh staf. Namun bila mereka datang semula, rumah yang sepatutnya selamat jadi seperti ‘kediaman baru’ untuk orang luar.

Pssttt! Cerita ini memang luar biasa. Bayangkan rumah sendiri disalah guna, barang dijual sewenangnya dan ada pula yang ‘berhalusinasi’ jadi tunang artis popular. 

Kredit: Instagram Shahida Dherbs
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas