Connect with us

Oh! Media

Polis Bersuara Mengenai Kes Artis Lelaki Popular Lakukan Amang Seksual

Suspek Rogol

Trending

Polis Bersuara Mengenai Kes Artis Lelaki Popular Lakukan Amang Seksual

Kes selebriti didakwa amang seksual remaja belum dibawa ke mahkamah. Polis sahkan masih tunggu arahan Pendakwa Raya.

Kecoh di media sosial mengenai seorang artis lelaki popular yang disyaki terlibat dalam amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, kes itu masih belum sampai ke mahkamah lagi setakat ini.

Perkembangan kes artis lelaki

Remaja

Pihak polis masih menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrul Shahrulnizam Ja’afar.

IKLAN

Belum lagi (tuduh hari ini), kertas siasatan masih pada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi menanti arahan lanjut.

Ditahan beberapa hari lepas

Polis

Sebelum ini kami melaporkan bahawa suspek telah ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah hotel di Selangor.

Kes ini mencetuskan kemarahan ramai netizen yang menuntut tindakan tegas terhadap pesalah, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan golongan selebriti yang sepatutnya menjadi contoh.

Pssttt! Walau siapa pun kita, undang-undang tetap terpakai. Jangan lindungi salah laku hanya kerana status atau populariti. Keadilan harus ditegakkan untuk semua.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas