Connect with us

Oh! Media

Ayunie Sebagai Sahabat Akhirnya Dedah Keperitan Sebenar Hidup Siti Jamumall

Siti Jamumall

Trending

Ayunie Sebagai Sahabat Akhirnya Dedah Keperitan Sebenar Hidup Siti Jamumall

Usahawan, Siti Jamumall kini berdepan kemelut kewangan dan kesihatan mental sehingga menjejaskan perniagaan dan kehidupan peribadinya. 

Menerusi TikTok, sahabat baiknya, Ayunie mendedahkan sisi sebenar perjuangan Siti yang sebelum ini aktif berniaga secara siaran langsung (live).

Dia mula jatuh semenjak dia tak ada mood untuk buat live dan dia ada sakit mental… terutama bila selalu bergaduh dan stres.

Siti Jamumall bergelut dengan masalah keluarga dan tekanan hidup

IKLAN
@umayra119

patut la jarang nampak @sitijamumall live, kalau tak hari2 live.ada je idea utk buat live tu kadang pg sampai malam kot. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. tahniah siti akhirnya dpt juga baby girl. walau berat ujian semoga ada kemanisan utk depan hari. bagus dpt kawan mcm @ayunieso24 #sitijamumall #jamumall #cerai #aiman #sitijamumallcerai #talak

♬ Piano Sedih Menyentuh Hati – Yuda Pratama

Menurut Ayunie, konflik berterusan dengan keluarga dan pasangan, serta kurang tidur dan tekanan berpanjangan membuatkan Siti semakin tertekan dan akhirnya hilang punca pendapatan.

Dekat situlah dia tak boleh nak jual produk dan dia jatuh. Ramai yang kecam dia bayar hutang.

Melihat keadaan itu, Ayunie mengambil inisiatif membantu Siti menjual produk bagi menampung perbelanjaan dan membayar hutang.

Saya bantu dia dengan ambil produk-produk dan tolong jualkan supaya dia dapat bayar hutang.

Keguguran dua kali akibat tekanan melampau

Img 5484

Lebih menyedihkan, tekanan hidup melampau menyebabkan Siti mengalami dua kali keguguran.

Bila bergaduh, dia gugur sebab terlalu depress. Dalam masa yang sama syarikat dia tutup sebab staf menipu.

Situasi menjadi lebih rumit apabila Siti dimaklumkan tidak menerima nafkah daripada suaminya, Aiman Tak Kesah, selama beberapa bulan, menyebabkan dia berusaha sendiri mencari rezeki.

Hamil kali ketiga, dan diceraikan dengan talak dua

Aiman

Di sebalik kesedihan itu, hadir sedikit cahaya apabila Siti kini hamil anak perempuan, namun dalam masa sama diceraikan dengan talak dua oleh suaminya.

Bila dapat tahu dia akan dapat anak perempuan, saya terkejut dan dalam masa sama sedih sebab dia baru sahaja diceraikan.

Walaupun diuji hebat, Ayunie percaya bahawa sahabatnya itu masih kuat dan akan bangkit semula dengan izin Allah.

Bukan dia tak boleh buat (berniaga), tapi Allah sedang menguji dia.

Pssttt! Jangan mudah menghakimi bila tak tahu apa yang orang lain tanggung. Setiap ujian ada hikmah. Kalau tak mampu bantu, cukup sekadar tak menambah beban.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas