Connect with us

Oh! Media

Hakim Arahkan Sesuatu Melibatkan Video Lakonan Semula Ibu Bapa Zayn Rayyan

Ohmedia zayn Rayyan

Trending

Hakim Arahkan Sesuatu Melibatkan Video Lakonan Semula Ibu Bapa Zayn Rayyan

Kes kematian tragis Zayn Rayyan terus mencuri perhatian apabila Mahkamah Sesyen membenarkan tayangan beberapa klip video lakonan semula oleh ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf, ketika dalam tahanan reman.

Menurut laporan Berita Harian, permohonan itu dibuat oleh saksi pendakwaan ke-28, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail, dan diterima oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan pendakwaan untuk video itu dimainkan semula.

Peguam bantah penayangan video lakonan semula ibu bapa Zayn Rayyan

Zayn Rayyan

Peguam kepada kedua-dua tertuduh, Haresh Mahadevan, membantah keras penayangan video tersebut dengan merujuk Seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah, dan mempertikai keputusan mahkamah yang memilih untuk menangguhkan keputusan kebolehterimaan video itu ke akhir kes pendakwaan.

IKLAN

Jadi Yang Arif tidak ikut nas-nas autoriti daripada mahkamah?

Mahkamah henti tayangan video

Ohmedia zayn Rayyan

Beberapa klip telah mula ditayangkan di mahkamah untuk tujuan pengecaman. Namun, selepas melihat kandungan yang mengandungi kenyataan tertuduh, hakim menghentikan tayangan serta-merta.

Selepas saya melihat video ini mengandungi ‘statement’ daripada pihak (tertuduh), mahkamah akan menghentikan rakaman video ini.

Pendakwa Raya turut menegaskan bahawa semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah, dan jika tidak berpuas hati, rayuan boleh dibuat.

Siasatan masih berjalan, pegawai selesai pemeriksaan utama

Zayn

Dalam prosiding hari ini, Mohd Hafizee telah selesai memberi keterangan pada pemeriksaan utama, dan dijangka disoal balas peguam dalam prosiding esok.

Kes seperti ini sangat sensitif dan menyayat hati. Biarlah perbicaraan berjalan dengan adil dan berhemah agar kebenaran dapat ditegakkan. Jangan buat spekulasi, serahkan pada proses undang-undang.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas