Connect with us

Oh! Media

“Tak Payah Kesian” – Respon Anak Rita Rudaini Bila Netizen Luah Rasa Simpati Tak Jumpa Bapa

Ohmedia rita Rudaini

Oh! Artis

“Tak Payah Kesian” – Respon Anak Rita Rudaini Bila Netizen Luah Rasa Simpati Tak Jumpa Bapa

Baru-baru ini, pelakon terkenal Rita Rudaini menarik perhatian ramai apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, berkongsi pandangannya tentang kehidupan mereka tanpa kehadiran bapa, Aidil Zafuan.

Difahamkan, soalan berkenaan bapa sering diajukan netizen setiap kali mereka bersiaran langsung di TikTok.

BACA: “Insurans Tu Rupanya Dah Lapsed Hampir 13 Tahun Sebab Pembayarnya Stop Bayar” – Rita Rudaini

IKLAN

Airit Rayyan sendiri mengakui dirinya sudah muak dengan soalan itu dan meminta netizen tidak bersimpati dengan nasibnya.

“Kita dah biasa, berjuta kali dengar” – Anak sulung Rita akui tak terkesan

@ritrud727

Jgn salahkan anak2 sis klau dorg xde rasa apa2..dorg xde memori langsung..so xde nk rasa sedih..masa tu ryan 2thn,adik 8bulan…apa yg dorg ingat?? Sis pon dulu di tinggalkan bapa umur 2thn jugak..sy xde rasa apa 😊 biasa ja hidup sis …bahagia hidup dgn mama dan di kelilingi family n sedara mara sis yg baik…mencurah2 kasih syg sis n abg dpt…tak terkesan! Begitu juga dgn Ryan dan Arjuna….

♬ original sound – ritrud727 – ritrud727

Rayyan berkata lagi, kehidupannya dan adik biasa-biasa sahaja dan langsung tidak terkesan. Malah, dia sendiri tidak pernah menangis merindui figura seorang bapa.

Rita Rudaini juga menjelaskan bahawa anak-anaknya tidak mempunyai memori bersama bapa mereka kerana mereka masih kecil semasa perpisahan berlaku.

Anak tiada memori dengan bapa mereka

Rita Rudaini

Tak payah kesian. Duduk kat rumah mana ada hari-hari nangis.

Jelas Rita, Rayyan ketika itu berusia dua tahun manakala adiknya Arjuna hanya berusia lapan bulan. Rita berkata lagi, dia mengajar anak-anaknya menjadi kuat dan tahan kecaman dunia.

Kami tak rasa apa, tak terkesan pun. Kami dah lali.

Tambahnya, Rita sendiri melalui pengalaman serupa apabila ditinggalkan bapanya pada usia dua tahun dan tetap hidup bahagia dengan kasih sayang keluarga.

Img 7339

#OhmediaNasihat

Sebagai netizen, kita mungkin melihat kehidupan tanpa seorang bapa tidak mudah. Namun lain pula bagi Rita Rudaini apabila mereka bahagia bertiga. Semoga keluarga ini terus diberi rezeki yang melimpah ruah.

Ohmedia rita Rudaini

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @ritrud727


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas