Connect with us

Oh! Media

rita rudaini

Oh! Artis

“Insurans Tu Rupanya Dah Lapsed Hampir 13 Tahun Sebab Pembayarnya Stop Bayar” – Rita Rudaini

Selebriti popular, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila anak sulung, Airit Rayyan Rizqin selamat menjalani rawatan di hospital akibat kecederaan di tangan.

Menurut Rita, hampir seminggu dia ‘berkampung’ di hospital dan berterima kasih kepada orang terdekat yang banyak menghulurkan bantuan.

IKLAN
rita rudaini

Kongsinya lagi, segala kos rawatan Rayyan bermula dari patah tangan sehingga buka ‘plate’ ditanggung penuh dirinya.

Ujar pelakon ini, Rayyan tidak menggunakan perlindungan insurans kerana polisi rupa-rupanya sudah tamat hampir 13 tahun kerana pembayar berhenti bayar.

Bukan insuran. Sebelum ni Rayyan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang (insurans tu rupanya dah lapsed dah hampir 13 tahun sbb pembayarnya dah stop bayar).

Sebelum ini, Rita ada mengambil perlindungan insurans yang lain tetapi juga ‘lapsed’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lepas tu mommy decide nak buat baru tapi dengan syarat acc yang lapsed 13 tahun tu kena close dulu. Malangnya manusia yang bukak acc tu tak nak bagi kerjasama untuk sign close acc walaupon ‘tandatangan itu PERCUMA’ (walaupon ajen dah explain dan nasihat manusia terbabit). So tak dapat lah mommy nak ambil insurans sama company dengan mommy dan adik.

Walau apa pun yang terjadi, Rita percaya Allah itu Maha Kaya dan dia akan mengambil perlindungan insurans lain. Dia akan berusaha memberikan terbaik untuk kedua-dua anak lelakinya yang disayangi.

rita rudaini

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Rita Rudaini


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas