Oh! Artis
“Tak Tahu Pil Apa Dia Makan” – Netizen ‘Blushing’ Dengar Syed Saddiq Puji Bella Astillah Comel
Korang perasan tak, sejak kebelakangan ini nama Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering menjadi sebutan netizen.
Selepas kolaborasi dalam klip video, mereka tampil pula bekerjasama dalam kempen baju raya untuk tahun hadapan.
Netizen ‘approved’ Bella Astillah dan Syed Saddiq
Meskipun hanya sebagai duta, mereka kelihatan sangat mesra sampai netizen ‘merestui’ kalau mereka mempunyai hubungan istimewa.
Yang lagi sweet, baru-baru ni viral satu video TikTok menunjukkan Syed Saddiq memuji kecantikan Bella Astillah.
Katanya berseloroh, dia tidak tahu pil apa diambil penyanyi berkenaan kerana terlalu comel. Adoi, memang cair habis kalau dengar, kan?
“Bella ni comel” – Syed Saddiq
Ibu kepada dua orang anak ini pula dilihat tersipu malu apabila mendapat tahu Syed Saddiq memujinya. Nampak bersahaja je vibe diorang berdua ni, macam dah kenal lama.
Netizen pun apa lagi, terus membanjiri ruangan komen berpendapat dua individu ini serasi sebagai pasangan. Ada juga yang bergurau meminta hubungan ‘dihalalkan’ cepat-cepat.


#OhmediaNasihat
Kadang-kadang, daripada kolaborasi kerja boleh timbul hubungan baik. Apa-apa pun, pastikan kita sentiasa jaga batas, hormat privasi orang lain, dan buat sesuatu dengan niat yang baik. Kalau ada chemistry, biarlah masa yang tentukan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @stylefashionpv
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM