Oh! Tidak
Remaja Perempuan Dirogol Di Stor PPS Selepas Baru Berkenalanan Dengan Lelaki Ini
Satu kejadian mengejutkan melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan berlaku di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian ini melibatkan seorang buruh binaan berusia 23 tahun sebagai suspek.
Kedua-dua individu terbabit mula berkenalan di PPS sebelum insiden tragis itu berlaku pada 2 Disember lalu di sebuah stor dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Kejadian itu diketahui abang mangsa dan mereka mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu selepas disoal siasat oleh keluarga.
Suspek telah ditahan dan didakwa

Selepas kejadian terbongkar, keluarga mangsa segera membuat laporan polis. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Walaupun suspek mengaku tidak bersalah, pendakwaan telah dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman berat jika disabitkan kesalahan.
Hakim telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 14 Januari depan. Tiada jaminan dibenarkan untuk suspek buat masa ini.
Keselamatan di PPS dipersoalkan

Kes ini telah mencetuskan perbincangan hangat tentang keselamatan di PPS, yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan sementara bagi mangsa bencana.
Insiden seperti ini menimbulkan persoalan mengenai tahap pemantauan dan pengawalan di kawasan tersebut.
#OhmediaNasihat
Kejadian seperti ini mengingatkan kita semua tentang pentingnya peranan keluarga dan komuniti dalam menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam situasi kecemasan seperti di PPS. Ibu bapa perlu lebih peka terhadap pergaulan anak-anak mereka, manakala pihak berwajib pula harus memastikan tempat perlindungan kekal selamat daripada sebarang ancaman.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian