Trending
Shuib Kecewa Dengan Tuduhan Palsu Mengenai Pemilikan Syarikat Bubblebee Dan Akan Ambil Tindakan
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib meluahkan rasa kecewa terhadap tuduhan palsu yang disebarkan di media sosial mengenai pemilikan syarikatnya, Bubblebee Sdn. Bhd.
Menurut laporan HibGlam, Shuib berkata yang tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berpotensi merosakkan reputasi perniagaannya yang melibatkan pelaburan jutaan ringgit.
Saya akan mengambil tindakan (saman) ke atas kenyataan seorang pengguna TikTok yang melampaui batas. Sekiranya ingin bercakap soal pengasas sesebuah produk, kita kena fikir apakah kesan yang berlaku kepada individu itu dan jenama.
Shuib juga berkata yang kenyataan tidak bertanggungjawab itu boleh membawa kerugian besar kepada syarikatnya.
Shuib tegaskan yang Bubblebee dimiliki 100% Bumiputera

Kecoh apabila ada dakwaan yang mengatakan pengarah bersama syarikat Bubblebee yang berbangsa Cina sehingga mencetuskan spekulasi negatif.
Walau bagaimanapun, usahawan itu menjelaskan yang syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan dia pemegang saham terbesar.
Apa yang ingin saya tegaskan ialah syarikat ini dimiliki 100 peratus Bumiputera kerana saya adalah pemegang saham terbesar. Jadi, hati-hati apabila bercakap kerana apabila melibatkan syarikat, saya perlu mengambil tindakan.
Pelawak itu juga mengecam tindakan individu itu yang seolah-olah cuba menggunakan elemen perkauman untuk menimbulkan keraguan terhadap perniagaannya.
Bukan tu jer, Shuib juga menegaskan yang perniagaannya itu tidak sepatutnya menjadi mangsa spekulasi atau serangan bersifat peribadi.
Shuib akan ambil tindakan undang-undang

Berpengalaman menghadapi kes seperti ini di mahkamah, Shuib tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika tuduhan ini diteruskan.
Saya sudah biasa melalui perkara sebegini di mahkamah dan selalunya mereka yang terlibat akan tertunduk malu dan bercakap dalam keadaan terketar-ketar.
Menurut Shuib, tindakan ini bukan sekadar mempertahankan nama baiknya, tetapi juga demi menjaga reputasi syarikat dan pelaburnya.
#OhmediaNasihat
Tindakan menyebarkan fitnah atau kenyataan palsu bukan sahaja menjejaskan reputasi seseorang, tetapi juga boleh membawa implikasi besar terhadap perniagaan mereka.
Sebelum berkongsi atau menulis sesuatu di media sosial, pastikan fakta adalah benar dan tidak mengundang salah faham. Ingatlah, apa yang kita sampaikan mempunyai kesan, jadi gunakan platform sosial dengan penuh tanggungjawab.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM