Oh! Artis
Wanita Kongsi Foto Mesra Dengan Amir Ahnaf Rupanya Ada Banyak Lagi Perkara Nak Dedahkan
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang berkongsi foto-foto mesra bersama pelakon, Amir Ahnaf telah mengundang pelbagai spekulasi.
Wanita itu juga mendakwa dia telah menunggu Amir Ahnaf selama setahun tapi tidak kesampaian selain berkongsi foto pelakon itu bersama wanita lain yang merupakan penyanyi, Angel dari kumpulan Dolla.
Terbaru! Menerusi Tiktok, wanita itu sekali lagi tampil dan mengatakan yang dia ada banyak lagi perkara ingin didedahkan tapi memilih untuk berdiam.
Bukan tu jer, dia juga berkata tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan dirinya adalah bekas kekasih Amir.
Saya hanya memuat naik posting itu simple, itu sahaja. Tidak mahu bercakap lebih-lebih.
Dan bila masa pula saya cakap saya bekas kekasih dia selama setahun? Rileks, kapsyen dengan orang lain cakap tak sama, lain.
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak spill, tapi tidak mengapa lah, biarkan sahaja.
Nama saya Nasuha tau, bukan Gwen atau Natasha. Nanti ada lain yang terpalit lagi.
Wanita itu juga memohon maaf kepada kelab peminat kumpulan Dolla kerana libatkan Angel dalam isu ini.
iDolla (kelab peminat Dolla), saya nak minta maaf tetapi saya tak pernah heret Angel dalam kes ini. Saya juga pasti Angel tidak tahu tentang kewujudan saya.
Yang mana terasa atau tersakit hati dengan posting saya, saya minta maaf ya.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM