Connect with us

Oh! Media

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Lans Koperal Alif Belum Sedia Tunjukkan Diri

Ohmedia lans koperal bunuh farah kartini

Trending

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Lans Koperal Alif Belum Sedia Tunjukkan Diri

Hari ini, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal iaitu Muhammad Alif Monjani didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh bekas penuntut UPSI, Nur Farah Kartini pada 10 Julai lalu.

Menurut peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu hari ini.

Isteri tertuduh tidak hadir ke mahkamah…

Bagaimanapun, Nur Aida memaklumkan isteri tertuduh masih belum bersedia untuk tampil.

IKLAN

Keluarga memang bagi sokongan. Namun buat masa sekarang, isteri (tertuduh) masih belum boleh keluar dan belum bersedia. Hari ini yang hadir cuma bapa dan adik beradik kepada tertuduh.

Tambahnya, proses di mahkamah yang berlangsung hari ini masih di peringkat pertuduhan dan pihaknya belum menerima sebarang dokumen.

Mahkamah menetapkan tarikh 30 Ogos untuk sebutan semula kes.

Ohmedia lans koperal bunuh farah kartini

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas