Oh! Artis
Ramai Terkejut! Tahu-Tahu Ben Ladin Dah Kahwin?
Terdapat khabar angin yang mengatakan penyanyi, Ben Ladin sudahpun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Shida. Wah!
Menurut laporan mStar, berita gembira itu dikongsikan seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Kalau korang tengok hantaran itu, Hamidah berkongsi yang dia menghadiri majlis persandingan anak saudaranya dengan Ben.
Persandingan anak buah dengan pasangannya Ben Ladin. Semoga kekal Bahagia hingga ke Jannah.
Bukan tu jer, ada juga satu video menunjukkan Ben memakai sut biru dan pengantin perempuan memakai gaun putih dimuat naik @frzdzhlmi di Tiktok.
Walau bagaimanapun, Ben masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkahwinan itu. Sama-samalah kita tunggu Ben umumkan kalau perkara itu betul.
Kredit: mStar | Tiktok @frzdzhlmi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
