Connect with us

Oh! Media

Siti Elizad Reda Suami Kahwin Baru, Ramai Wanita Tawar Diri Jadi Nombor Dua

Siti elizad ohmedia

Oh! Artis

Siti Elizad Reda Suami Kahwin Baru, Ramai Wanita Tawar Diri Jadi Nombor Dua

Sepanjang 10 tahun perkahwinan, bermacam-macam usaha yang sudah dilakukan pelakon wanita, Siti Elizad dan suaminya untuk mendapatkan cahaya mata pertama.

Elizad sebelum ini juga memaklumkan dia kini dalam fasa reda dengan ketentuan Allah selepas sudah dua kali menjalani rawatan in-vitro (IVF) tetapi masih belum ada rezeki.

Kalau ikutkan saya sudah ‘musim’ reda. Namun bila tengok kawan-kawan kongsi kehamilan mereka dalam media sosial, perasaan itu datang balik.

Siti Elizad akui ramai wanita tawar diri jadi isteri kedua untuk dapatkan anak..

Dalam pada itu, Elizad turut mendedahkan dirinya menerima banyak mesej daripada wanita yang menawarkan diri mahu menjadi madunya. Mereka semua tawarkan untuk memberikan zuriat.

IKLAN

Kalau betul dia nak pergi dekat orang lain (berkahwin lagi) sebab anak, saya reda. Sebab saya tahu saya ada kekurangan.

Biarpun begitu, Elizad juga ada menyuruh suami untuk berterus-terang kepadanya jika dia mahu berkahwin satu lagi demi mempunyai zuriat sendiri. Kita doakan yang terbaik buat Elizad dan suami agar segala usaha terjawab.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas