Oh! Artis
“Kalau Rasa Perlukan Mama, Balik Lah” – Marissa Dania Hilangkan Diri, Abby Abadi Hanya Serah Pada Allah
Siapa yang tak sayangkan anak, betul tak? Walau apa pun yang terjadi, seorang ibu pasti mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.
BACA: “Anak Saya Bukan Macam Ni” – Aliff Syukri Korek Cerita Dengan Abby Abadi
Seperti yang diluahkan Abby Abadi menerusi satu sesi podcast, dia hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
Abby Abadi tak mampu buat apa-apa
Selepas dakwaan bermadu hangat diperkatakan, Abby berkata dia ada berjumpa sekali dengan Marissa Dania ketika majlis previu Ramadan.
Lepas tu susah.. Dia melarikan diri, dia menghilangkan diri tapi saya tahu dia selamat dekat luar. Itu saya kata dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya memang serah kepada Allah SWT.
Ujar selebriti ini lagi, dia sudah tak mampu nak melakukan apa-apa untuk mengubah apa yang telah dibuat Marissa.
Sebagai seorang ibu, dia mengharapkan yang terbaik untuk Marissa. Dengan nada sebak, Abby menitipkan pesanan supaya Marissa balik ke rumah jika merasakan masih memerlukan Mamanya.
Kredit: TikTok @yaya065757
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM