Oh! Islam
Adakah Sah Nikah Di Siam Sedangkan Wali Masih Hidup? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus ada menerangkan mengenai hukum nikah di negara Thailand. Penerangan itu diberi untuk menjawab pertanyaan hadirin, adakah sah nikah di Thailand sedangkan wali di Malaysia masih hidup.
Kebiasaannya, kes kahwin lari di negara seberang berlaku disebabkan tidak mendapat restu ibu bapa atau mahu berpoligami.
BACA: Respon Isteri Pertama Aslam Bila Tahu Dimadukan Ketika Buat Umrah
Menurut ustaz, kes sebegini ada yang sah dan ada yang tidak sah. Disebabkan itu, pasangan yang bernikah di Thailand perlu mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama Malaysia.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Pihak yang bertanggungjawab akan membuat siasatan untuk memutuskan adakah nikah sah atau tidak.
Mahkamah akan check siapa wali hakimnya, siapa yang jadi saksinya, bagaimana ijab kabulnya dijalankan, bagaimana jawab pengantin dan sebagainya.
Jelas ustaz, dia tidak boleh menjawab sama ada sah atau tidak kerana semua bergantung kepada siasatan pihak tertentu.
Bagi pasangan yang diputuskan sah, tetap berdosa. Kerana apa? Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakiti hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka sedih. Haram, berdosa besar.
Ustaz Azhar berkata, sebagai seorang bapa, tiada seorang pun yang suka jika anak gadis melarikan diri untuk bernikah dengan kekasih hati.

Sudah tentu bapa akan sakit hati dan sedih dengan perbuatan anak. Lebih mengaibkan apabila ianya menjadi bahan sindiran jiran tetangga.
Nasihat ustaz, seorang anak sebaiknya memujuk ibu bapa jika perhubungan tidak direstui. Janganlah pula berkahwin lari kerana ibu bapa ada sebab yang kukuh tidak suka pasangan tersebut.
Kredit: TikTok @sewakedaimydin
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM