Trending
Dikehendaki! Ganjaran RM20,000 Kepada Pihak Berjaya Tangkap Pembunuh Zayn Rayyan
Sehingga ke hari ini, petunjuk dan bukti yang dimiliki masih belum cukup untuk mengheret pembunuh adik Zayn Rayyan Abdul Matiin.
BACA: (Video) Satu Dewan Banjir, Persembahan ‘Tribute Untuk Adik Zayn Rayyan’ Bikin Sebak
Disebabkan itu, pihak Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada mana-mana pihak yang boleh memberikan maklumat kukuh sehingga berjaya menangkap pembunuh.
MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini. Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor. – Kata Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan.
Jadi, diharapkan dengan ganjaran ini dapat memberikan sedikit keberanian untuk mana-mana pihak yang mempunyai bukti untuk tampil memberikan kerjasama. Semoga keadilan buat adik Zayn Rayyan dapat ditegakkan. Al-Fatihah.
Kredit: Buletin TV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM