Connect with us

Oh! Media

“Jahatnya Post Nama Full, Expose Bapa Ayam Dah Lah” – Individu Persoal Nama 6 Wanita ‘Hot Daddy’ Didedah

Hotdaddy wanita ohmedia

Trending

“Jahatnya Post Nama Full, Expose Bapa Ayam Dah Lah” – Individu Persoal Nama 6 Wanita ‘Hot Daddy’ Didedah

Sebelum ini Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sudahpun mengenakan denda kepada empat orang wanita yang mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral bersama ‘Hot Daddy’.

Dua lagi wanita bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan nama mereka semua telah didedahkan termasuklah apa pekerjaan dan tempat belajar mereka.

BACA: Pelakon-Pelakon Wanita S*ndal ‘Hot Daddy’ Didenda RM2,500 Hingga RM4,800

IKLAN

Bagaimanapun, seorang pengguna laman X mempersoalkan tindakan mendedahkan nama mereka yang tertuduh kepada umum.

Kesian sebab semuanya masih muda…

Individu terbabit menyifatkan tindakan mendedahkan nama enam orang wanita itu sebagai ‘jahat’ dan cukup sekadar mendedahkan nama ‘Hot Daddy’.

Image 4

Apapun, persoalan yang dibangkitkan individu terbabit telah dibidas dan ramai yang menyatakan pendedahan ini perlu bagi memastikan orang lain tidak melakukan kesilapan sama.

Terdahulu, ‘Hot Daddy’ atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 telah ditahan bersama dua teman wanitanya, Norshazrina Md Zamri, 27 dan Norhidayah Mahadi, 24 kerana merakam dan menjual video lucah mereka bersama 20 wanita lain untuk mendapat keuntungan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas